• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Pantech Naik 70.23 Peratus Pada Suku Ketiga, Umum Dividen 1.5 Sen

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Pantech Meningkat Kepada RM 31 Juta Pada Suku Kedua

Kredit gambar: www.pantech-group.com/

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Pantech Group Holdings Bhd mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersihnya sebanyak 70.23 peratus kepada RM34.66 juta pada suku ketiga berakhir 30 Nov, 2022 (3Q FY2023) daripada RM20.36 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas berikutan prestasi yang lebih kukuh dalam perniagaan pembuatan dan perdagangannya.

Hasil turut melonjak kepada RM299.94 juta berbanding RM209.34 juta sebelumnya.

Pengilang paip, injap dan kelengkapan itu juga mengisytiharkan dividen satu peringkat sebanyak 1.50 sen sesaham, yang perlu dibayar pada 24 Mac, 2023, menjadikan jumlah dividen bagi tahun kewangan semasa kepada 4.5 sen sesaham.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pantech berkata bagi suku semasa berakhir 30 Nov, 2022, bahagian pembuatan merekodkan hasil luaran yang lebih tinggi sebanyak RM133.33 juta (RM102.53 juta pada 3Q FY2022) dan keuntungan sebelum cukai segmen pada RM33. 67 juta (RM17.22 juta pada 3Q FY2022).

Ia berkata perniagaan perdagangan juga menyaksikan hasil luaran yang lebih tinggi sebanyak RM166.61 juta pada suku dalam tinjauan berbanding RM106.81 juta pada 3Q FY2022, manakala keuntungan sebelum cukai segmen meningkat kepada RM13.96 juta daripada RM10.39 juta sebelumnya.

Bagi sembilan bulan terkumpul berakhir 30 Nov, 2022, keuntungan bersihnya melonjak kepada RM92.06 juta daripada RM50.86 juta, manakala hasil melonjak kepada RM840.61 juta daripada RM494.33 juta sebelumnya.

Melangkah ke hadapan, Pantech optimis terhadap prestasi keseluruhannya bagi tahun kewangan semasa memandangkan aktiviti ekonomi yang bertambah baik serta kenaikan harga minyak dan gas (O&G).

“Harga minyak yang mantap berkemungkinan membawa impak positif kepada aktiviti permodalannya yang berkaitan, seperti meningkatkan perbelanjaan dalam aktiviti penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan dalam industri O&G, yang seterusnya akan meningkatkan permintaan untuk produk kami di pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: dividenO&GpaipPantechpembuatanperdagangan
Share318ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In