• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Careplus Group Cadang Tawaran Saham Persendirian 20 Peratus Kumpul Hingga RM49.85 Juta

in Catalyst
A A
Careplus Group Cadang Tawaran Saham Persendirian 20 Peratus Kumpul Hingga RM49.85 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Careplus Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 114.6 juta saham baharu atau 20 peratus daripada jumlah keseluruhan saham Careplus yang diterbitkan untuk mengumpul sehingga RM49.85 juta, yang akan digunakan terutamanya untuk membiayai rancangan pengembangan pengeluaran sarung tangan getah dan modal kerja.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia telah mendapatkan kelulusan daripada pemegang sahamnya untuk mandat am menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016, yang membenarkan lembaga itu menerbitkan saham Careplus baharu berjumlah 20 peratus daripada jumlah bilangan saham terbitan syarikat.

Mandat am 20 peratus itu diminta selaras dengan langkah bantuan pandemik COVID-19 untuk penerbit tersenarai yang diumumkan oleh Bursa Malaysia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Bagi hasil kasar, dengan mengandaikan bahawa tawaran saham itu diterbitkan pada harga terbitan indikatif 43.5 sen sesaham, cadangan itu dijangka meningkatkan hasil kasar sehingga RM49.85 juta,” katanya.

Mengenai penggunaan hasil itu, Careplus Group berhasrat untuk menggunakan sehingga RM34.35 juta daripada hasil yang diperoleh untuk menambah keperluan perbelanjaan modal yang berterusan dan perbelanjaan modal komited sedia ada kumpulan yang diperuntukkan untuk anak syarikat milik penuhnya, Careglove Global Sdn Bhd dan Rubbercare Protection Products Sdn Bhd.

“Kumpulan itu, sejak separuh kedua 2021, memulakan rancangan pengembangannya melalui pentauliahan barisan pengeluaran baharu, pembinaan kemudahan gudang baharu serta penyambungan kilang sampingan dan kerja-kerja struktur untuk menyokong rancangan pengembangan itu, sejajar dengan peningkatan dalam permintaan untuk sarung tangan getah akibat pandemik COVID-19 dalam tempoh itu,” katanya.

Rancangan pembesaran yang dinyatakan di atas, yang berada di peringkat akhir penyiapan, mempunyai bajet awal yang dirancang kira-kira RM180 juta, dengan kira-kira RM140 juta telah diselesaikan dan dibayar sepenuhnya.

Kumpulan itu berhasrat untuk menyalurkan kira-kira RM30 juta daripada hasil untuk penyelesaian sebahagian daripada baki perbelanjaan modal, termasuk baki kos pembinaan bangunan gudang baharu di premis Careglove, kerja-kerja pembinaan yang berkaitan dengan pengubahsuaian dan pembesaran premis sedia ada Careglove dan Rubbercare.

“Kami juga merancang untuk membeli empat barisan pengeluaran berganda dengan peralatan sokongan untuk pengeluaran sarung tangan nitril dan lateks, serta tiga mesin celup sarung tangan getah lateks,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Carepluslateksnitrilsarung tangan getahtawaran saham persendirian
Share292ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In