fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Minetech Peroleh Kontrak EPCC Bernilai RM36.71 Juta

in Catalyst
A A
Minetech Berkembang Ke Dalam Sektor Teknologi Kewangan, Telekomunikasi

Sumner Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Minetech Resources Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM36.71 juta untuk loji hidrokuasa kecil tiga megawatt (MW) di Besut, Terengganu.

Pakar kejuruteraan awam dan pengeluar produk bitumen itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Techmile Resources Sdn Bhd telah menerima surat lantikan (LOA) daripada Tesdec Hydropower Sdn Bhd.

“Projek itu dijangka dimulakan pada Januari 2023 diikuti pembinaan pada 2025 dan akan siap menjelang Mei 2027,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

Ia berkata projek itu di bawah program suapan tarif (FiT) Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), yang membolehkan perniagaan atau individu yang memegang sijil kelulusan suapan SEDA menjual tenaga boleh diperbaharui (RE) pada kadar FiT kepada pemegang lesen pengedaran seperti Tenaga Nasional Bhd.

Pengerusi Eksekutif Minetech Datuk Awang Daud Awang Putera berkata projek loji hidrokuasa kecil 3MW akan membolehkan syarikat itu turut mempamerkan keupayaan Minetech semasa syarikat mencari lebih banyak peluang dalam RE.

“Projek ini mewakili kami satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha kami ke dalam RE yang bermula pada 2020 sebagai sebahagian daripada transformasi organisasi di Minetech, yang merangkumi kepelbagaian dan rasionalisasi.  

“Sebagai pelabur fotovolta solar berdaftar dengan SEDA dan pemilik loji kuasa solar terapung 9.99MW AC yang terletak di Pantai Remis, Perak, kami juga mampu menjual tenaga elektrik kepada agensi kerajaan, perniagaan dan individu di bawah Program Pemeteran Tenaga Bersih SEDA atau NEM 3.0,” katanya.

Techmile Resources menyediakan EPCC serta perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) untuk industri tenaga, manakala Tesdec Hydropower terutamanya terlibat dalam aktiviti RE, pembangunan dan kemudahan di negeri ini.

Tesdec Hydropower ialah sub-subdiari Tesdec Bhd melalui anak syarikatnya, Tesdec Services Sdn Bhd.

— BERNAMA

Tags: Awang Daud Awang PuteraFiTloji hidrokuasa kecilMinetech ResourcesRESEDAsurat lantikanTechmile ResourcesTesdec Hydropower
Share216ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

3 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

3 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

3 days ago
Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?
Catalyst

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.90 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In