• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CAB Cakaran Bekerjasama Dengan Salim Group Aktif Semula Di Pasaran Indonesia

in Catalyst
A A
CAB Cakaran Bekerjasama Dengan Salim Group Aktif Semula Di Pasaran Indonesia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

PETALING JAYA, 11 Jan (Bernama) — CAB Cakaran Corporation Bhd, pengeluar penternakan ayam bersepadu, berhasrat untuk memasuki semula pasaran Indonesia melalui usaha sama (JV) dengan konglomerat terbesar republik itu, Salim Group, dengan melabur antara US$50 juta dan US$80 juta (US$1= RM4.37) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulannya Christopher Chuah Hoon Phoong berkata berikutan pandemik COVID-19, syarikat itu menghentikan aktiviti dan rancangan pengembangannya di Indonesia, dan kedua-dua pihak kini meneruskan rundingan untuk jalinan kerjasama itu.

“Kami masih berunding dengan Salim (kumpulan), dan kami melihat pengeluaran sebanyak empat juta, jadi secara kasar kami melihat 50 atau 60 ternakan ayam pedaging di wilayah Jawa.

“Dari segi pelaburan, angka sebenar masih belum ditentukan,” katanya selepas melancarkan ayam diperkaya Omega-3 baharunya di Village Grocer di Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.

CAB Cakaran telah menandatangani perjanjian dengan Salim Group pada 2015 untuk menubuhkan perniagaan ayam itik bersepadu di negara itu, dan kumpulan itu turut memiliki Indofood Sukses Makmur Tbk, pembuat mi terbesar di Indonesia.

Salim Group juga merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam CAB Cakaran, dengan 15.19 peratus kepentingan.

Chuah berkata eksport menyumbang kira-kira 10 peratus daripada hasil syarikat dan ini dijangka meningkat kepada 15 peratus dalam tempoh lima hingga lapan tahun akan datang.

Mengulas mengenai pelancaran ayam diperkaya Omega-3 baharu itu, beliau berkata syarikat itu akan menumpukan usaha untuk mempromosikan produk itu di pasaran tempatan sebelum mengeksport ke pasaran luar negara.

“Kesan pandemik COVID-19 telah mendorong pengguna untuk menjadi lebih sedar tentang kesihatan mereka dan memilih produk makanan sihat yang menjana tenaga mereka. Ini, ditambah dengan peningkatan bilangan pengguna terpelajar, telah mewujudkan permintaan untuk produk yang lebih sihat,” katanya.

Chuah berkata produk baharu itu akan tersedia secara eksklusif di Village Grocer selama enam bulan akan datang sebelum menjadikannya secara beransur-ansur tersedia di kedai runcit lain.

“Ayam Omega-3 boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya premium dan terkemuka.

“Strategi kami untuk mengembangkan produk hiliran yang menyasarkan segmen premium akan membantu kumpulan mengatasi turun naik marginnya dan meningkatkan prestasi kewangannya,” katanya sambil menambah ia menyasarkan untuk memasarkan ayam Omega-3 itu ke Singapura. 

— BERNAMA

TAG: CAB Cakaran, ayam itik, ayam pedaging, ayam premium, eksport

Tags: ayam itikayam pedagingayam premiumCAB Cakaraneksport
Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In