• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

LBS Akan Lancar 12 Projek Baharu Dengan GDV RM2.09 Bilion Pada 2023

in Catalyst
A A
LBS Akan Lancar 12 Projek Baharu Dengan GDV RM2.09 Bilion Pada 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

SEPANG, 10 Jan (Bernama) — LBS Bina Group Bhd (LBS) akan melancarkan 12 projek baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 2.09 bilion pada 2023.

Pengarah Eksekutifnya Tan Sri Lim Hock San berkata ia terdiri daripada 4,021 unit kumulatif di Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak.

“Saya telah menetapkan sasaran GDV RM2.09 bilion pada tahun ini dan kami berharap untuk mencapai sasaran ini atau lebih tinggi.

“Pada tahun lepas, 90 peratus daripada jualan kami disumbangkan di Lembah Klang. Saya masih menjangka Lembah Klang akan menjadi penyumbang utama jualan pada tahun ini,” katanya dalam taklimat media di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata LBS bercadang untuk melancarkan 2,118 unit dengan GDV sebanyak RM1.1 bilion pada 2023 di Lembah Klang.

LBS mengakhiri 2022 dengan meraih jualan sebanyak RM2.0 bilion yang melepasi 25 peratus angka sasaran 2022 iaitu RM1.6 bilion.

Menurut Lim, pada masa hadapan LBS meramalkan ketidaktentuan ekonomi dan pasaran akan terus berlaku tahun ini dengan pemaju hartanah berdepan cabaran seperti kekurangan buruh, peningkatan kadar faedah serta kenaikan kos bahan mentah.

“Bagaimanapun, dengan menguasai pembangunan hartanah selama lebih tiga dekad, kami sentiasa bersedia untuk menerima sebarang perubahan yang berlaku.

“Sehubungan itu, kami telah menjalankan perancangan dan perbincangan yang strategik untuk memastikan tahun 2023 ditempuhi dengan optimis serta dalam kedudukan stabil berikutan kami berhasrat untuk mengekalkan prestasi,” katanya.

Mengenai projek yang akan dilancarkan di Lembah Klang, Lim berkata untuk pembangunan perbandaran utama LBS iaitu KITA @ Cybersouth, kumpulan itu merancang pelancaran antaranya rumah bersambung setingkat, rumah bersambung dua tingkat dan rumah bandar di KITA Bestari yang melibatkan 817 unit dengan GDV RM418 juta. 

Sementara itu, syarikat itu dalam kenyataan berkata, ia turut berhasrat melancarkan 155 unit rumah teres dua tingkat Astella di D’Island Residence di Puchong dengan GDV sebanyak RM139 juta dan Blok B di LBS Prestige Residence, Seri Kembangan yang terdiri daripada 725 unit dengan GDV RM313 juta.

Projek baharu di Pahang pula termasuk pangsapuri perkhidmatan Bayu Hills di Genting Highlands yang merangkumi 642 unit dengan jumlah GDV RM482 juta.

Di Perak, LBS bercadang melancarkan fasa seterusnya di Taman Kinding Flora, Chemor yang terdiri daripada 94 unit rumah teres setingkat dengan GDV RM27 juta serta 90 unit rumah rangkaian kluster setingkat dengan GDV sebanyak RM22 juta.

LBS turut mengorak langkah di Johor menerusi projek pembangunan termasuk pangsapuri perkhidmatan Zenit Molek (988 unit dengan jumlah GDV RM436 juta) di Taman Molek, rumah berkembar dua tingkat Imperial Garden (63 unit dengan jumlah GDV RM40 juta) dan rumah bersambung setingkat Emerald Garden (26 unit dengan jumlah GDV RM11 juta) di Bandar Putera Indah, Batu Pahat.

LBS mempunyai 18 projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dengan anggaran GDV sebanyak RM5.7 bilion.

Sehingga 31 Dis 2022, simpanan tanah masa depan LBS berjumlah kira-kira 2,972 ekar yang akan memastikan kumpulan itu kekal bersaing di pasaran hartanah untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Di samping itu, LBS juga mempunyai jualan belum dibayar penuh sekitar RM2.46 bilion yang dijangka menyediakan kejelasan pendapatan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” menurut syarikat.

Ia turut berhasrat untuk memberikan ganjaran berterusan kepada pemegang saham selaras dengan dasar dividennya iaitu membayar 30 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan, katanya.

— BERNAMA


Tags: hartanahLBS Bina GroupLim Hock Sanperumahanunjuran
Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In