• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bergerak Rendah Pada Sesi Pembukaan Dagangan Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari Selasa dalam situasi sentimen bercampur-campur di Wall Street semalaman selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengunjurkan kadar faedah mungkin melebihi lima peratus tahun ini, kata seorang peniaga.

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.77 mata kepada 1,489.65 daripada 1,493.42 penutupan semalam.

Pasaran pagi ini dibuka lemah sebanyak 3.02 mata pada paras 1,490.40.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan sebanyak 127 kaunter rugi dan 120 kaunter untung manakala 247 kaunter tidak berubah, 1,717 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 159.88 juta unit bernilai RM46.71 juta.

Menurut naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, berikutan unjuran bank pusat AS, Purata Perindustrian Dow Jones merosot 113 mata manakala Nasdaq  bertambah 66 mata apabila hasil 10 tahun AS susut ke bawah ambang 3.53 peratus.

Di dalam negara, FBM KLCI diunjur mengekalkan aliran menaik selepas memperlihatkan pengukuhan sederhana.

“Justeru, aliran pergerakan adalah dalam julat 1,490-1,505 hari ini dan minat belian akan beralih kepada saham telekomunikasi dan perbankan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, kedua-dua Maybank dan CIMB turun satu sen kepada RM8.79 dan RM5.70, Public Bank tidak berubah pada RM4.31, Petronas Chemicals susut tiga sen menjadi RM8.32 dan Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM9.49.

Bagi saham aktif, Tanco Holdings, Hong Seng Consolidated dan Citaglobal, masing-masing bertambah setengah sen kepada 35 sen, 17 sen dan 34.5 sen, manakala GDB Holdings menokok 1.5 sen kepada 28.5 sen dan L&P Global naik dua sen kepada 59 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 23.21 mata menjadi 10,713.06, Indeks FBMT 100 menguncup 24.85 mata kepada 10,418.20 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 34.10 mata kepada 10,927.58.

Sementara itu, FBM ACE lebih rendah sebanyak 12.80 mata kepada 5,425.37 manakala FBM 70 turun 25.06 mata kepada 13,183.11

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah sebanyak 5.82 mata kepada 16,516.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.12 mata menjadi 182.39 dan Indeks Tenaga berkurangan 0.07 mata kepada 795.46.

Indeks Perladangan pula susut 11.63 mata kepada 6,956.51.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiapembukaanRakutenWall Street
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In