• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat EP Manufacturing Meterai Perjanjian Perniagaan e-Bikes Di Indonesia, Vietnam

in Catalyst
A A
Anak Syarikat EP Manufacturing Meterai Perjanjian Perniagaan e-Bikes Di Indonesia, Vietnam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Anak syarikat milik penuh EP Manufacturing Bhd (EPMB), EP Blueshark Sdn Bhd (EBSB), menandatangani perjanjian induk dengan Averte Global Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura dan Blueshark Group Ltd yang berpangkalan di Hong Kong untuk bekerjasama merebut peluang perniagaan motosikal elektrik (e-Bikes) di Indonesia dan Vietnam.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, EPMB berkata ia akan membekalkan e-Bikes kepada sebuah syarikat usaha sama bernama Averte Blueshark Asia Ltd (Averte Blueshark), yang ditubuhkan dan diperbadankan oleh Averte Global dan Blueshark Group.

Katanya perjanjian itu untuk tempoh lima tahun dan sekurang-kurangnya dua juta unit e-Bikes, termasuk semua aksesori dan semua perisian yang disertakan atau diperlukan, akan dibeli oleh Averte Blueshark dalam tempoh ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Perjanjian induk itu akan memberi peluang kepada EPMB dan anak syarikatnya untuk pengembangan perniagaan ke pasaran Indonesia dan Vietnam serta dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

EPMB berkata pembelian awal sebanyak 23,000 unit daripada EBSB telah dibuat untuk penghantaran pada suku pertama 2023.

Katanya harga bagi setiap e-Bikes dijangka daripada US$1,850 hingga US$3,900 (US$1=RM4.37).

cEBSB akan menjual dan Averte Blueshark akan membeli kuantiti produk yang dipesan oleh pembeli, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian induk,” katanya.

Dalam kenyataan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB Lim Sim Yee berkata syarikat melihat peluang pertumbuhan yang luar biasa untuk kenderaan elektrik (EV) beroda dua di Indonesia dan Vietnam.

Menurut kajian bebas oleh Research and Markets, katanya pasaran e-Bike Indonesia, sebagai contoh, dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 20.96 peratus untuk mencapai US$816.2 juta menjelang 2025.

“EPMB berharap untuk berada di barisan hadapan untuk memanfaatkan permintaan ini,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Averte GlobalBlueshark GroupEP BluesharkEP Manufacturing
Share260ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In