• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Syarikat Yang Telah Dinyah Senarai Daripada Bursa Malaysia

in Saham
A A
Syarikat Yang Telah Dinyah Senarai Daripada Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Sebut sahaja jenama-jenama besar seperti Nestle, Dutch Lady, Astro, Digi dan banyak lagi, pasti semua orang kenal dengan jenama ini. Di samping itu, pastinya ramai juga tahu syarikat yang baharu sahaja disebut tadi disenaraikan di Bursa Malaysia untuk memberi peluang kepada orang ramai melabur dalam perniagaan syarikat. 

Menjadi satu kebanggaan syarikat tersebut apabila nama syarikat terpapar di pasaran saham dan pelabur awam boleh mengambil bahagian dalam pembelian saham syarikat secara umum.

Walaupun banyak jenama besar tersenarai di Bursa Malaysia, tetapi ada juga yang tidak kekal sehingga kini atas beberapa sebab-sebab yang tertentu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Namun tahukah anda syarikat-syarikat yang akan dikongsikan di dalam artikel ini pernah tersenarai di Bursa Malaysia?

1. Utusan Melayu Berhad

Adakah anda salah seorang pembaca setia surat khabar Utusan Malaysia atau Kosmo? Tahukah anda Utusan pernah tersenarai di Bursa Malaysia selama 25 tahun?

Utusan merupakan penerbit bagi surat khabar terkenal Utusan Malaysia dan juga Kosmo. Utusan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1994 sehinggalah dinyah senarai (delisted) daripada Bursa Malaysia pada 30 Ogos 2019 setelah tidak berhasrat untuk terus membuat rayuan ke atas keputusan yang telah dibuat.

Antara sebab utama syarikat ini dikeluarkan daripada Bursa Malaysia adalah kerana liabilitinya yang sangat tinggi pada ketika itu iaitu sebanyak RM139.19 juta dan Utusan juga menyatakan agak mustahil bagi mereka untuk mencari pelabur untuk menyelamatkan syarikat tersebut. 

Sumber: The Edge

2. Malaysia Airlines

Kredit: FB Malaysia Airlines

Syarikat penerbangan utama negara Malaysia Airlines pernah mewarnai pasaran saham Malaysia suatu ketika dahulu. Kini hanya tinggal Air Asia dengan menggunakan nama Capital A dan Air Asia X yang masih tersenarai di Bursa Malaysia.

Saham Malaysia Airline dinyah senarai pada 31 Disember 2014. MAS dinyah senaraikan setelah Khazanah membeli baki pegangan saham sebanyak RM1.38 bilion atau bersamaan dengan RM0.27 sesaham.

Sumber: New Straits Times

Ia susulan daripada Khazanah Nasional Berhad menawarkan untuk membeli baki saham yang dimiliki pemegang minoriti dalam pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu.

3. Proton Holdings Berhad

Kredit: FB Proton Cars

Idea penubuhan Proton dimulakan pada tahun 1979 apabila Tun Dr Mahathir ketika itu berhasrat untuk menubuhkan industri pemasangan dan pembuatan automotif. Proton mula melangkah ke Bursa Malaysia pada tahun 2004. 

Syarikat ini telah dinyah senarai setelah DRB-Hicom berjaya menswastakan Proton dengan membeli pegangan sebanyak 90% dalam Proton. 

Keseluruhan nilai pengambil alihan oleh DRB-Hicom tersebut dikatakan sebanyak RM3.02 bilion. 

Apa yang terjadi pada saham yang delisted?

Setelah syarikat dinyah senarai daripada pasaran saham, syarikat tersebut akan terus wujud dan beroperasi tetapi sebagai entiti yang tidak disenarai. Pemegang saham masih lagi kekal sebagai pemegang saham tetapi tidak dapat menjual saham di pasaran terbuka.

Sumber:

  1. New Straits Times
  2. Bernama
Tags: Bursa MalaysiadelistedFBM KLCIsaham
Share532ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In