• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pharmaniaga Meluaskan Kapasiti Pengedaran Di Wilayah Utara

in Catalyst
A A
Pharmaniaga Meluaskan Kapasiti Pengedaran Di Wilayah Utara

Gambar: Pharmaniaga

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

GEORGE TOWN, 6 Jan (Bernama) — Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB), yang merupakan subsidiari milik penuh syarikat farmaseutikal terkemuka Malaysia, Pharmaniaga Bhd, secara rasmi telah membuka pusat pengedaran baharunya di Pulau Pinang. 

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope dalam satu kenyataan berkata pusat baharu ini akan meningkatkan liputan kapasiti pengedaran kumpulan, sebagai penampan kesediaan stok serta memenuhi permintaan pelanggan wilayah utara yang semakin meningkat terutamanya bagi menyokong kemudahan Kementerian Kesihatan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Pusat pengedaran itu yang terletak di Fasa 4 Zon Perindustrian Prai, Pulau Pinang, juga merupakan sebahagian daripada penempatan semula pejabat pengurusan PLSB serta pembesaran gudang yang telah dimulakan sejak April 2021. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengedaran semasa dengan ketara agar sejajar dengan pertumbuhan perniagaan kami di samping mengembangkan tahap perkhidmatan logistik PLSB sedia ada dan memenuhi pesanan pelanggan tepat pada masanya di seluruh wilayah utara. 

“Pusat pengedaran baharu ini mempunyai sebanyak 3,500 palet ruang gudang untuk ubat-ubatan terkawal dan peralatan perubatan,” katanya.

Zulkarnain berkata PLSB kini mengguna pakai Sistem Pengurusan Pengangkutan Oracle (OTM) bagi menggerakkan perkhidmatan logistik kumpulan, yang mana, ia juga merupakan sebahagian daripada pertumbuhan strategik ke arah langkah automasi dan pendigitalan untuk penambahbaikan berterusan dalam operasi. 

Melangkah ke hadapan, kumpulan mahu meningkatkan kapasiti penyimpanan bagi memenuhi permintaan lebih banyak hospital dan klinik swasta selain kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan di wilayah utara.

“Pada masa ini, kami sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk membangunkan gudang kami sendiri di Sungai Petani, Kedah dengan kapasiti yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan pengembangan perniagaan semasa dan masa depan.

“Dengan perkembangan baharu ini, kapasiti pusat pengedaran Wilayah Utara untuk 2021 telah menokok dengan ketara kepada 180 peratus berbanding 2020. Bagi 2022, pertumbuhan telah naik sebanyak 32 peratus daripada 2021 dan 270 peratus berbanding 2020,” katanya. 

Setakat ini, kumpulan itu mempunyai lima pusat pengedaran yang strategik di seluruh negara iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dengan saiz lebih daripada 200 pengangkut yang membuat penghantaran melalui udara, air serta jalan darat. 

Di peringkat antarabangsa, beliau berkata kumpulan itu telah mengukuhkan jejaknya di Indonesia melalui PT Millennium Pharmacon International Tbk (MPI), cabang logistik dan pengedaran tersenarai awam di Jakarta.

— BERNAMA

Tags: farmaseutikalPharmaniagapusat pengedaran
Share300ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In