• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KAB Menang Kontrak EPCC Bernilai RM230 Juta Bina Loji Janakuasa Di Sabah

in Catalyst
A A
Kejuruteraan Asastera Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM17.58 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) iaitu syarikat penyedia penyelesaian kejuruteraan dan tenaga berjaya memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM230 juta untuk membina loji janakuasa dan kemudahan berkaitannya di Sabah.

Ia berkata dalam satu kenyataan bahawa kontrak itu dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH) oleh Regas Terminal (Lahad Datu) Sdn Bhd (RGTLD), iaitu anak syarikat Petronas Gas Bhd (PGB).

Loji janakuasa 52 megawatt itu akan menjadi satu-satunya sumber bekalan tenaga kepada projek gas asli cecair terapung Petronas (ZLNG) yang akan datang di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang dan loji enjin gas tunggal terbesar di negara ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Loji ZLNG, yang dijadualkan menjadi kemudahan gas asli pertama berhampiran pantai di Sabah, mempunyai kapasiti minimum 2.0 juta tan setahun.

“Memperoleh projek ini daripada PGB menguatkan inisiatif tenaga lestari KAB yang dilaksanakan sejak 2019.

“Kajian kebolehlaksanaan bersama kami dengan PGB menunjukkan bahawa loji janakuasa itu boleh dipercayai dan akan mencapai pengurangan karbon yang ketara,” kata Pengarah Urusan KAB Datuk Lai Keng Onn.

Ia berkata kerja-kerja EPCC untuk loji janakuasa itu akan bermula pada suku kedua 2023 dan disasarkan untuk siap pada suku pertama 2026.

— BERNAMA

Tags: EPCCKABKAB Energy HoldingskontrakPetronas Gas
Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In