• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari pertama dagangan 2023, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah. 

Pada 9.18 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 11.11 mata kepada 1,484.38 daripada 1,495.49 pada Jumaat lepas. Pasaran ditutup pada Isnin untuk menggantikan cuti Tahun Baharu yang jatuh pada Ahad.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 6.95 mata kepada 1,488.54. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 214 berbanding 200 manakala 303 kaunter tidak berubah, 1,498 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 744.51 juta unit bernilai RM150.58 juta. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng menjangka belian saham akan berterusan berikutan pasaran memasuki 2023 dengan portfolio baharu, menjangka indeks diniagakan dalam julat 1,490-1,500.

“Saham pembinaan dijangka menyaksikan minat belian pada hari ini berikutan kami mendapati terdapat aliran berita yang positif manakala saham minyak dan gas dijangka turut menarik minat belian dengan harga minyak mentah Brent diniagakan hampir US$86 setong,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM20.56, Maybank merosot dua sen kepada RM8.68, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.31, Petronas Chemicals susut tujuh sen kepada RM8.53, CIMB merosot empat sen kepada RM5.76 dan TNB turun 19 sen kepada RM5.76.  

Bagi saham aktif, L&P Global yang mula disenaraikan di Pasaran ACE melonjak 18 sen kepada 48 sen, Cypark dan Vinvest Capital, masing-masing naik setengah sen kepada 47.5 sen dan 19.5 sen, Top Glove meningkat 1.5 sen kepada 92 sen, MMAG tidak berubah pada 2.5 sen dan Berjaya Corp merosot setengah sen kepada 29.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 56.15 mata kepada 10,645.40, Indeks FBMT 100 berkurangan 59.32 mata kepada 10,360.48 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 79.83 mata kepada 10,858.72.

Sementara itu, Indeks FBM 70 naik 4.39 mata kepada 13,019.41 dan Indeks FBM ACE menambah 3.81 mata kepada 5,312.14. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 41.36 mata kepada 16.459.95, Indeks Perladangan berkurangan 64.86 mata kepada 7,019.82, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.63 mata kepada 181.15 manakala Indeks Tenaga naik 3.68 mata kepada 779.87. 

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In