• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing

in Catalyst
A A
Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing

Gambar: Yoong Wy

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Pakar pembinaan Haily Group Berhad telah memperoleh kontrak bernilai RM52.30 juta daripada Meridin East Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Haily Construction Sdn Bhd untuk membina 283 unit rumah teres dua tingkat.

Meridin East merupakan anak syarikat milik penuh pemaju perumahan Mah Sing Group Bhd (Mah Sing).

Dalam satu kenyataan hari ini, Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Dengan pemerolehan projek terbaharu ini, perolehan nilai kontrak kami pada masa ini membabitkan 24 projek yang sedang berjalan dengan jumlah nilai kontrak RM593.31 juta, yang mana dijangka siap secara berperingkat antara 2023 dan 2024,” kata Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group See Tin Hai.

Kerja-kerja itu melibatkan pembinaan 283 unit rumah teres bersaiz 20 kaki x 70 kaki di Parcel 1C pembangunan Meridin East. Meridin East ialah perbandaran bersepadu terbesar Mah Sing di Gerbang Timur Iskandar Malaysia, Johor.

Kumpulan itu bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembangunan, mekanikal dan elektrikal, infrastruktur dan landskap untuk keseluruhan projek.

Di bawah fasa pertama, Haily akan membina sejumlah 128 unit rumah teres dua tingkat termasuk dua rumah contoh melibatkan nilai kontrak RM23.82 juta. Fasa kedua melibatkan pembinaan sejumlah 155 unit rumah teres dua tingkat dengan nilai kontrak RM28.48 juta.

Kedua-dua fasa akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan dari tarikh bermulanya projek.

Fasa satu dijangka bermula selewat-lewatnya pada 31 Mac, 2023 manakala fasa dua dijangka bermula tidak lewat dari 30 Sept, 2023.

— BERNAMA

Tags: HailyIskandar MalaysiakontrakMah Sing
Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In