• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat Milik Penuh Tafi Peroleh Kontrak Pembinaan RM205 Juta

in Catalyst
A A
Anak Syarikat Milik Penuh Tafi Peroleh Kontrak Pembinaan RM205 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Tafi Industries Bhd (Tafi), Tafi Home and Office Sdn Bhd menerima surat pelantikan (LoA) daripada Metbuild Sdn Bhd (kontraktor utama) bagi kontrak pembinaan siap guna bernilai RM205 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Tafi menjelaskan kontrak itu melibatkan kerja-kerja pembinaan dan penyiapan, mekanikal, elektrik dan infrastruktur utama untuk 941 unit pejabat kecil/pejabat rumah (SOHO) serta kemudahan berkaitannya di Subang Jaya, Selangor.

Syarikat itu menambah, anak syarikat milik penuhnya yang lain, T.A. Furniture and Projects Sdn Bhd juga telah dilantik sebagai perunding pengurusan projek oleh pihak pemaju, Pinnacle Homes SJ CBD Sdn Bhd.

Menurut Tafi tempoh kontrak adalah 34 bulan bermula daripada tarikh permulaan kerja yang akan dimaklumkan kemudian oleh kontraktor utama dan pemaju, yang dijangka dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Bryan Wong berkata kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset ketara bersih Tafi dari tahun kewangan 2023 hingga tahun kewangan 2025.

“Tafi Home and Office serta T.A. Furniture and Projects, yang merupakan pemegang lesen G7 yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), akan terus berusaha untuk meningkatkan aliran perolehan daripada kontrak pembinaan dengan membida dan memperoleh lebih banyak kontrak pembinaan daripada sektor swasta dan sektor kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: CIDBLoApembinaanSOHOTafi Industries Bhd
Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In