• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

XOX Cadang Kurangkan Modal Saham Terbitan Sebanyak RM65 Juta

in Catalyst
A A
XOX, KGroup – Kaunter Paling Aktif Pada Sesi Pagi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — XOX Technology Bhd bercadang untuk melaksanakan langkah mengurangkan modal dengan membatalkan sebahagian daripada modal saham terbitannya yang tidak diwakili oleh aset sebanyak RM65 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan mudah alih itu berkata kredit berpadanan berjumlah RM65 juta daripada langkah tersebut akan digunakan untuk mengurangkan kerugian terkumpul syarikat, manakala baki selebihnya, sekiranya ada, akan dikreditkan kepada keuntungan terkumpul.

Jumlah modal saham terbitan kumpulan itu sehingga 28 Dis 2022 adalah RM82.05 juta yang terdiri daripada 896.18 juta saham biasa, dengan 2.56 juta saham XOX sebagai saham perbendaharaan oleh syarikat itu, katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut kumpulan, langkah yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan harga sahamnya terlaras, tidak mengubah jumlah saham yang diterbitkan serta tidak membabitkan sebarang pembayaran pemegang saham. 

Malah, ia juga tidak menyebabkan berlakunya sebarang aliran keluar tunai atau mengubah aset bersih kumpulan selain daripada perbelanjaan anggaran disebabkan langkah yang dicadangkan itu.

“Sesulan kerugian terkumpul itu, modal saham yang akan dibatalkan, sebahagian besarnya tidak lagi diwakili oleh aset sedia ada syarikat. Justeru, ia akan membolehkan syarikat untuk menghapuskan kerugian terkumpulnya bagi menggambarkan nilai aset pendasar dan kedudukan kewangannya dengan lebih tepat,” menurut makluman itu.

Pengurangan modal yang dicadangkan itu akan turut meningkatkan keupayaan XOX untuk mengumumkan dan membayar dividen daripada keuntungan terkumpulnya pada masa depan iaitu pada waktu yang sesuai, apabila ia kembali mencatatkan keuntungan, katanya.

Satu mesyuarat agung luar biasa akan diadakan untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham atau mana-mana pihak lain yang berkaitan.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: pengurangan modalpenyedia perkhidmatan mudah alihXOX Technology Bhd
Share264ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In