KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Keuntungan bersih SCGM Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Okt, 2022 (S2 TK2023) melonjak kepada RM295.14 juta daripada RM7.83 juta setahun lalu berikutan pelupusan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam Lee Soon Seng Plastic Industries Sdn Bhd (LSSPI).
Syarikat penyedia penyelesaian pembungkusan plastik itu berkata, hasil bagaimanapun susut 70.4 peratus kepada RM21.49 juta daripada RM72.54 juta sebelum ini disebabkan hasil suku itu hanya merangkumi tempoh sebulan sehingga tarikh pelupusan LSSPI.
Ia berkata LSSPI tidak lagi menjadi anak syarikat SCGM pada 31 Ogos, 2022.
“Bagi separuh pertama (1H) TK2023, hasil susut 35.4 peratus kepada RM91.58 juta daripada RM141.84 juta disebabkan perkara yang sama seperti dinyatakan di atas,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengenai prospek masa depan, SCGM berkata ia akan melaksanakan proses yang diperlukan untuk mengenal pasti dan memperoleh perniagaan atau aset baharu yang sesuai untuk menyelaraskan keadaan syarikat dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 12 bulan dari masa ia dimaklumkan oleh Bursa Securities pada 2 Sept, 2022 iaitu ia adalah “Syarikat Tunai” menurut Perenggan 8.03(1) Keperluan Penyenaraian setelah selesai pelupusan.
“Dalam hal ini, syarikat mesti mematuhi peruntukan dan keperluan dalam Perenggan 8.03 dan Nota Amalan 16 mengenai Keperluan Penyenaraian,” katanya.
Ia berkata, syarikat itu mempunyai lebih kurang lapan bulan untuk menyerahkan cadangannya kepada Bursa Securities untuk kelulusan.
“Sebarang perkembangan dalam hal ini akan diumumkan kepada Bursa Securities dalam masa terdekat,” tambahnya.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




