• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Indeks barometer Bursa Malaysia menyusut daripada paras tertinggi dua bulan berikutan aktiviti pengambilan untung.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.96 mata kepada 1,476.15 daripada 1,480.11 sewaktu ditutup pada Rabu.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 3.84 mata kepada 1,476.27.

Sentimen pasaran lemah apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 149 berbanding 121, manakala 200 kaunter tidak berubah, 951 tidak diniagakan dan 25 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 182 juta unit bernilai RM38.7 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen global dijangka kekal cenderung kepada penurunan berikutan kemerosotan semalaman di Wall Street disebabkan pelabur mungkin menentukan harga ketika potensi kemelesetan tahun depan.

Selain itu, mereka turut menilai secara terperinci mengenai langkah China untuk membuka semula ekonominya di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19, katanya.

“Bagaimanapun, bursa tempatan seharusnya terus menerima sokongan daripada aktiviti memperelokkan akaun pada akhir tahun dan kenaikan harga komoditi yang lebih kukuh,” katanya menerusi nota hari ini.

Malacca Securities berkata, sektor perbankan dan telekomunikasi dijangka meraih tumpuan berikutan aktiviti memperelokkan akaun yang seterusnya.

Berikutan harga minyak mentah Brent melebihi US$83 semalam dan harga minyak sawit mentah bergerak melebihi RM4,000, firma pembrokeran itu berkata, momentum pembelian dijangka kekal kukuh bagi sektor tenaga dan perladangan.

Sementara itu, sektor teknologi mungkin terus berdepan tekanan disebabkan penurunan semalam Nasdaq, katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Axiata dan AMMB masing-masing menguncup tiga sen kepada RM2.98 dan RM4.08, Maybank dan Dialog masing-masing merosot enam sen kepada RM8.65 dan RM2.42, TM turun lapan sen kepada RM5.32, manakala Tenaga Nasional susut lima sen kepada RM9.25.

PPB dan KLK pula masing-masing menokok 12 sen kepada RM17.60 dan RM21.82.

Bagi saham aktif, Eduspec menguncup setengah sen kepada 1.5 sen, manakala Focus Dynamics dan Saudee masing-masing tidak berubah pada 2.0 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 23.52 mata kepada 10,595.36, Indeks FBMT 100 berkurangan 23.39 mata kepada 10,312.29, Indeks FBM Emas Syariah turun 26.71 mata kepada 10,823.67, Indeks FBM 70 susut 11.06 mata kepada 12,999.17, manakala Indeks FBM ACE naik 24.68 mata kepada 5,312.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 42.37 mata kepada 16.326.67, Indeks Perladangan susut 4.94 mata kepada 6,995.28, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.04 mata kepada 180.86 dan Indeks Tenaga rendah 6.44 mata kepada 777.17.

— BERNAMA

Tags: BrentBursa MalaysiaFBM KLCIMSMpengambilan untungWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In