• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Techbond Beli 99.57 Peratus Malayan Adhesives And Chemicals Dengan RM57.0 Juta

in Catalyst
A A
Techbond Beli 99.57 Peratus Malayan Adhesives And Chemicals Dengan RM57.0 Juta

Gambar: Nur Amalina

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing


KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Techbond Group Bhd telah memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat dengan Chemquest Sdn Bhd bagi mengambil alih 13.94 juta saham biasa, mewakili 99.57 peratus kepentingan ekuiti dalam Malayan Adhesives and Chemicals Sdn Bhd (MAC) pada harga RM57.0 juta tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Techbond turut melahirkan hasrat membuat beberapa tawaran untuk mengambil alih baki 0.43 peratus kepentingan ekuiti dalam MAC yang dipegang oleh pemegang saham minoriti pada kira-kira RM4.089 sesaham. 

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada perjanjian muktamad dimeterai antara syarikat itu dengan pemegang saham minoriti bagi cadangan pengambilalihan baki 0.43 peratus kepentingan ekuiti dalam MAC.

MAC terlibat dalam pembuatan serta pemasaran pelekat, resin, bahan tambahan, formaldehid dan “phenoset microspheres”.

Pengambilalihan itu adalah sejajar dengan strategi jangka panjang kumpulan untuk mengembangkan produk serta jangkauan geografinya, yang seterusnya akan meningkatkan kedudukan kumpulan sebagai pengeluar pelekat dan “sealant” di peringkat global.

“Pengambilalihan ini dijangka memberikan pendapatan serta keuntungan tambahan kepada kumpulan Techbond yang diperbesarkan, yang mana ia akan dapat memanfaatkan perniagaan sedia ada MAC untuk meluaskan rangkaian produknya. 

“Techbond juga boleh mengambil peluang ke atas rangkaian pengedaran dan pangkalan pelanggan sedia ada MAC dalam industri pembuatan untuk menjual silang produk pelekat sedia ada,” katanya.

— BERNAMA

Tags: ekuitiMACpengambilalihanTechbond
Share301ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In