• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Merosot 7.05 Mata Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini sejajar dengan bursa serantau, yang mengambil petunjuk daripada petunjuk Wall Street yang tidak begitu optimis.

Penurunan dapat dilihat di hampir semua sektor, menyebabkan petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.05 mata kepada 1,467.64 daripada 1,474.69 pada Selasa.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 1.14 mata kepada 1,473.55 dan bergerak antara 1,466.30 dan 1,477.50 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran kekal lemah berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 503 berbanding 296 manakala 365 kaunter tidak berubah, 1,105 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.55 bilion unit bernilai RM891.28 juta.

Seorang peniaga berkata sentimen global terus suram berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati pada minggu dagangan terakhir 2022 disebabkan kebimbangan yang berterusan mengenai prospek ekonomi dan kadar faedah pada 2023.

Dalam negara, katanya aktiviti pengambilan untung dapat dilihat di kaunter perladangan dan tenaga selepas kenaikan semalam manakala kaunter perbankan merosot daripada peningkatan sederhana pagi ini berikutan tekanan jualan.

Secara keseluruhannya, FBM KLCI dijangka diniagakan pada paras 1,465-1,480 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB, masing-masing berkurangan lima sen kepada RM8.59 dan RM5.60, MISC merosot 10 sen kepada RM7.25, Tenaga Nasional susut tujuh sen kepada RM9.17 dan Hong Leong Bank turun 18 sen kepada RM20.28.

Daripada saham aktif, Top Glove merosot 2.5 sen kepada 90 sen manakala Berjaya tidak berubah pada 29.5 sen dan Vinvest naik setengah sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 55.08 mata kepada 10,555.80, Indeks FBMT 100 berkurangan 53.53 mata kepada 10,268.10, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 55.82 mata kepada 10,789.60, Indeks FBM 70 susut 86.03 mata kepada 13,009.85 dan Indeks FBM ACE berkurangan 57.94 mata kepada 5,295.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 108.21 mata kepada 16.246.16, Indeks Perladangan susut 9.61 mata kepada 6,978.82 dan Indeks Tenaga berkurangan 4.20 mata kepada 783.75 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.18 mata kepada 180.45. 

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIperbankantengah hariWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In