• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Yinson Catat Untung Bersih RM155 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst, Saham
A A
Yinson Raih Dua Projek FSPO Bernilai US$5.2 Bilion Di Brazil
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Yinson Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM155 juta pada suku ketiga berakhir 31 Okt, 2022 berbanding RM98 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil turut melonjak kepada RM1.74 bilion daripada RM820 juta sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh permulaan aktiviti perniagaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC) untuk pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan apungan (FPSO) Maria Quitéria dan FPSO Atlanta, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Lim Han Weng berkata kestabilan prestasi Yinson sepanjang tempoh ketidaktentuan beberapa tahun kebelakangan ini adalah bukti model perniagaannya yang kukuh dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia untuk kontraktor dan operator yang pakar dalam FPSO terus memberi impak positif kepada aktiviti perniagaan Yinson Production,” katanya.

Beliau berkata syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global itu juga mengalami suku yang sibuk dan produktif untuk perniagaan tenaga boleh diperbaharuinya.

“Selain mengukuhkan lagi dan mengembangkan saluran projek tenaga boleh diperbaharui global, Yinson Renewables mengekalkan tumpuan untuk mematangkan projek yang diperoleh dengan  membuat keputusan pelaburan akhir dan memulakan pembinaan.

“Secara global, jumlah saluran tenaga boleh diperbaharui kami berada pada lebih 5.5 gigawatt (GW), termasuk lebih 3.8GW projek peringkat awal, di samping hampir 1GW yang persetujuan perancangan sedang dalam proses serta 486 megawatt (MW) lagi ditambah 285 MW yang masing-masing dalam prapembinaan/pembinaan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: FSPOinfrastrukturKeputusansuku ketiga tahun kewangan 2023Yinson
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In