• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) —  Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini tinggi sedikit tetapi mula turun dalam beberapa minit kemudian.

Seorang penganalisis berkata ia berlaku selepas pasaran tempatan mengambil petunjuk daripada Wall Street yang menyusut dengan ketara semalaman berikutan kebimbangan akan ada lebih banyak kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.33 peratus atau 4.86 mata kepada 1,463.49 daripada 1,468.35 pada penutup dagangan Khamis.

Pasaran dibuka 0.81 mata lebih tinggi pada 1,469.16.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 250 berbalas 116, manakala 212 kaunter tidak berubah, 1,691 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 251.54 juta unit bernilai RM110.07 juta.

Menurut laporan berita, Purata Perindustrian Dow Jones jatuh sebanyak 348.99 mata, S&P 500 kerugian 56.05 mata dan Komposit Nasdaq merosot 233.25 mata.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata di pasaran domestik pula, FBM KLCI sebaliknya ditutup dalam zon positif pada Khamis berikutan kemunculan kegiatan memburu saham berharga murah walaupun keadaan pasaran masih lagi dalam kebimbangan.

“Penjualan berterusan oleh dana asing agak mengejutkan setakat bulan ini dengan aliran keluar bersih sekitar RM1.34 bilion meskipun iklim politik dalam negeri semakin baik.

“Kami mengunjurkan sentimen akan kekal berhati-hati berikutan berita bahawa China mungkin menyaksikan peningkatan kes COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Justeru, indeks utama dijangka berlegar dalam julat 1,460-1,470 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.70, Petronas Chemicals turun 11 sen menjadi RM8.29 dan CIMB lemah dua sen untuk mencatatkan harga RM5.76.

Manakala kedua-dua Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM4.40 dan RM6 00.

Bagi saham aktif pula, Careplus menokok 2.5 sen kepada 45 sen, Microlink Solutions menambah 4.5 sen kepada RM1.00, Top Glove meningkat dua sen menjadi 77.5 sen, Artroniq mengembang 1.5 sen kepada 64 sen dan Advance Synergy tidak berubah pada 18 sen.

 Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 28.99 mata kepada 10,510.91, Indeks FBM Emas Syariah turun 34.58 mata menjadi 10,615.09 dan Indeks FBM 70 susut 14.47 mata kepada 12,870.41.

Indeks FBM ACE pula menguncup 27.21 mata kepada 5,474.44 dan Indeks FBMT 100 kerugian 28.91 mata kepada 10,220.76.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 7.06 mata kepada 774.77, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.17 mata menjadi 177.33 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah sebanyak 21.34 mata kepada 16,530.17.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan memperoleh 5.70 mata untuk mencatatkan paras 6,827.70.

— BERNAMA


Tags: pembukaanRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In