• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB Ceburi Pembangunan Ladang Solar Di United Kingdom

in Catalyst
A A
TNB Kuasai Pegangan Majoriti Dalam Syarikat Solar Terbesar Di UK

Sumber Gambar : TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Vantage RE Ltd, anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memeterai kontrak dengan BELECTRIC GmbH bagi pembangunan greenfield serta pentauliahan ladang solar berkapasiti 102-megawatt (MW) di United Kingdom (UK).

Dalam kenyataannya hari ini, TNB berkata kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan itu turut merangkumi pilihan membangunkan sistem penyimpanan tenaga bateri berkapasiti 65MW yang boleh meningkatkan aliran pendapatan menerusi penyertaan dalam perkhidmatan sampingan serta pasaran kapasiti berkaitan.

“Pelaburan ini memaparkan satu pencapaian bermakna untuk TNB dalam usahanya mengembangkan lagi pembangunan tenaga boleh baharu di UK,” katanya.

Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din menyifatkan pelaburan tersebut telah meningkatkan lagi kapasiti tenaga boleh baharu syarikat berkenaan di UK kepada 632MW — pertumbuhan signifikan sebanyak 61 peratus dalam MW sejak pelancaran Vantage RE pada Julai 2021. 

“Bagi tempoh sehingga suku ketiga 2022), sumbangan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) daripada portfolio tenaga boleh baharu kami di UK telah meningkat sebanyak 31.7 peratus tahun ke tahun kepada £55.6 juta (£1=RM5.38), sekali gus menunjukkan prestasi kewangan yang baik secara berterusan menerusi pendekatan pengurusan aset TNB yang aktif,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat utiliti tenaga tersebut berkata ladang-ladang solar itu dijangka mencapai Tarikh Operasi Komersial menjelang suku pertama 2024.

“Ladang yang akan dibina di dua tapak, akan menyumbang pendapatan jangka panjang yang stabil di bawah kontrak 15 tahun bagi skim subsidi Contract For Difference yang diperoleh pada Julai 2022,” katanya.

Malah, TNB juga menyifatkan kedua-dua tapak itu menawarkan peluang bagi inisiatif alam sekitar dalam usaha menggalakkan aspek keuntungan bersih biodiversiti dan menyokong agendanya yang lebih meluas.

— BERNAMA

Tags: BELECTRICladang solarTNBUK
Share245ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In