• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Syarikat Usaha Sama Gamuda Raih Kontrak Bernilai RM3.03 Bilion Di Australia

in Catalyst
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Paling Tinggi Sebanyak RM1.17 Bilion

Gambar: Gamuda

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — John Holland Gamuda Joint Venture (JHGJV), syarikat usaha sama (JV) Gamuda Bhd dan firma berpejabat di Australia John Holland Pty Ltd, memperoleh kontrak bernilai A$1.029 bilion (RM3.03 billion) bagi kerja-kerja sambungan Lebuhraya M1 ke Raymond Terrace: Black Hill ke Tomago Works.

Kontrak bagi reka bentuk dan pembinaan daripada Transport bagi New South Wales, entiti pemerolehan untuk kerajaan New South Wales (NSW) di Australia, dijangka menjana perolehan hasil sebanyak RM1.21 bilion bagi kumpulan pembinaan itu.

“Aspek perancangan serta reka bentuk terperinci akan bermula serta-merta dengan kerja-kerja bagi tujuan penyiasatan tapak serta utiliti pada pertengahan 2023,” kata kumpulan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

John Holland memiliki 60 peratus kepentingan dalam JHGJV manakala bakinya dipegang oleh Gamuda.

Selain itu, Gamuda berkata, skop kerja-kerja terbabit turut merangkumi laluan lebuh raya berkembar baharu sejauh 10 kilometer antara Laluan M1 di Beresfield dan Tomago serta persimpangan utama di Black Hill, Tarro dan Tomago.

Syarikat JV tersebut juga perlu membina sembilan jejambat termasuk sebuah jejantas sepanjang kira-kira 2.6 kilometer merentasi Sungai Hunter dan kawasan dataran banjir.

Dalam tempoh pembinaan itu, projek tersebut akan memberi manfaat sosial dalam kalangan komuniti tempatan serta Wilayah Hunter yang lebih luas di NSW.

Sementara itu, dagangan saham dan waran berstruktur Gamuda di Bursa Malaysia telah digantung mulai 11.18 pagi ini.

Dalam kenyataan berasingannya, kumpulan itu berkata dagangan tersebut akan disambung semula pada 2.30 hari ini.

Pada 11.48 pagi, saham-saham Gamuda berharga RM3.66 seunit dengan 366,700 saham saling berpindah tangan.

— BERNAMA

Tags: GamudaJHGJVJohn Hollandkontrak
Share231ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In