• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Pergerakan Cergas Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat kembali pagi ini untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada urus niaga Khamis seiring dengan pergerakan cergas semalaman Wall Street di tengah-tengah keyakinan pengguna yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.18 peratus atau 2.57 mata kepada 1,465.12 daripada 1,462.55 pada penutupan dagangan Rabu.

Pasaran memulakan dagangan dengan meningkat 1.24 mata pada 1,463.79.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 229 berbanding 123, manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,674 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 353.75 juta unit bernilai RM104.16 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd percaya minat belian mungkin merebak ke pasaran serantau serta bursa tempatan berikutan keyakinan pengguna yang bertambah baik di Amerika Syarikat (AS), serta jangkaan inflasi yang berkurangan.

“Sektor teknologi dijangka mempamerkan lantunan semula didorong lonjakan mantap di Nasdaq. Selain itu, kami mengunjurkan kemunculan minat belian  dalam sektor minyak dan gas di tengah-tengah harga minyak Brent yang lebih kukuh.

“Pelabur juga mungkin memberi tumpuan kepada sektor pembinaan dan bahan binaan kerana projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan pada kos yang lebih rendah,” katanya dalam satu nota.

Justeru, firma pembrokeran itu berkata paras sokongan diunjur pada julat 1,460-1,450, manakala rintangan ditetapkan sepanjang 1,500-1,510.

Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent meningkat melebihi US$82, manakala harga minyak sawit mentah berlegar melebihi RM3,950.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.74, TNB turun satu sen menjadi RM9.16, manakala kedua-dua Public Bank dan CIMB menokok satu sen masing-masing mencatatkan RM4.42 dan RM5.80, dan Petronas Chemicals pula menambah lapan sen kepada RM8.16.

Antara saham-saham aktif pula, Serba Dinamik dan Citaglobal menambah setengah sen setiap satu masing-masing pada 1.5 sen dan 29.5 sen, Reneuco meningkat 6.5 sen kepada 32 sen dan Sarawak Consolidated Industries mengembang 1.5 sen kepada 15.5 sen, manakala XOX tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 23.01 mata kepada 10,517.76, Indeks FBM Emas Shariah lebih tinggi sebanyak 33.28 mata pada 10,585.45,Indeks FBM 70 mengukuh 37.60 mata kepada 12,851.28, Indeks FBM ACE peroleh 23.57 mata untuk mencapai paras 5,489.42 manakala FBMT 100 mengukuh 20.66 mata kepada 10,226.19. 

Mengikut sektor, Indeks Perladangan memperoleh 28.01 mata kepada 6,801.36, Indeks Tenaga menambah 6.86 mata menjadi 791.13 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.66 mata kepada 176.05.

Walau bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 1.08 mata menjadi 16,601.10.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiespembukaanWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In