• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Rendah Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Rabu meskipun dengan peningkatan semalaman di Wall Street, di tengah-tengah kegelisahan pasaran mengenai kadar faedah berikutan langkah Bank of Japan (BoJ) untuk memperketat dasar monetarinya, menurut penganalisis.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.05 peratus atau 0.77 mata kepada 1,466.55 daripada 1,467.32 pada Selasa.

Saham pandu pasaran dibuka merosot 0.31 mata kepada 1,467.01. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 126 berbanding 110, manakala 220 kaunter tidak berubah, 1,808 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 106.11 juta unit bernilai RM40.13 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI senada dengan kemerosotan pasaran selepas BoJ melebarkan jalur dibenarkan untuk hasil jangka panjang kepada 50 mata asas (bps) daripada 25 bps semalam.

“Bagaimanapun, kami yakin indeks utama dijangka pulih di tengah-tengah kemerosotan penjualan besar-besaran daripada pelabur asing serta lantunan semula semalaman di Wall Street.

“Malah, aktiviti memperelok akaun mungkin bermula menjelang akhir tahun,” kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent diniagakan di bawah US$80 manakala harga minyak sawit mentah susut di bawah RM3,950 berikutan penurunan eksport dari Malaysia mencetuskan kebimbangan mengenai permintaan lebih lemah, katanya.

 Menurutnya sektor pembinaan dan bahan binaan mungkin mendapat perhatian berikutan persetujuan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji semula lima projek pembangunan dengan jumlah nilai kontrak RM650 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM8.71, Petronas Chemicals menambah enam sen kepada RM8.24 dan CIMB susut tiga sen kepada RM5.79, manakala Public Bank dan TNB masing-masing tidak berubah pada RM4.37 dan RM9.18.

Bagi saham aktif, Nylex (M) meningkat 4.5 sen kepada 36.5 sen, Opcom menokok tiga sen kepada 76 sen, YX Precious Metals naik 1.5 sen kepada 25 sen, manakala Industronics susut setengah sen kepada 10.5 sen dan Jaks Resources berkurangan 1.5 sen kepada 26.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 0.26 mata kepada 10,533.11, Indeks FBM Emas Syariah menokok 5.38 mata kepada 10,646.45, Indeks FBM 70 mengukuh 21.35 mata kepada 12,884.56, manakala Indeks FBM ACE naik 25.18 mata kepada 5,499.51.

Bagaimanapun, Indeks FBMT 100 susut 0.38 mata kepada 10,239.84. 

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 33.57 mata kepada 6,788.01 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 17.90 mata kepada 16,530.45.

Indeks Tenaga pula naik 3.32 mata kepada 786.52 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.39 mata kepada 178.12. 

— BERNAMA 

Tags: Bank of JapanbukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In