“Ramai yang meraih keuntungan pada hari pertama IPO disenaraikan”
Dagangan awal saham syarikat atau dikenali sebagai Initial Public Offering (IPO) telah menjadi sebutan ramai pelabur hari ini atas prestasi yang sangat memberangsangkan.
Ramai pelabur juga hari ini semakin celik untuk melabur dan menyebabkan permintaan IPO beberapa tahun ini diluar jangkaan.
Untuk tahun 2022, terdapat sebanyak 35 syarikat menerbitkan saham mereka di pasaran saham dan 17 daripadanya adalah terbitan yang patuh syariah.
Mari kita lihat Top 5 IPO patuh syariah untuk tahun 2022 yang paling untung dan didagangkan pada harga premium pada sesi pembukaan pasaran berbanding harga permohonan IPO tersebut.
1. Coraza Integrated Technology Berhad
Harga permohonan IPO syarikat Coraza Integrated Technology Berhad ini adalah RM0.28 seunit. IPO ini disenaraikan di pasaran pada 20 Januari 2022.
IPO ini didagangkan pada harga premium apabila dibuka pada RM0.70 seunit. Ini merupakan kenaikan sebanyak 150% berbanding harga permohonan IPO ini.
2. Sunview Group Berhad
IPO Sunview Group Berhad dibuka untuk permohonan pada harga RM0.29 dan didagangakan di Bursa Malaysia pada 17 Oktober 2022.
Harga pembukaan IPO ini juga didagangkan pada harga premium apabila dibuka pada paras RM0.60 seunit, bersamaan dengan 105.17% kenaikan berbanding harga tawaran IPO syarikat ini.
3. SFP Tech Holdings Berhad
Syarikat SFP Tech Holdings Berhad menawarkan IPO mereka pada harga RM0.30 seunit dan didagangakan pada 20 Jun 2022.
Pada hari pertama dagangan, IPO ini juga disenaraikan pada harga premium dengan kenaikan sekali ganda daripada harga tawaran, iaitu RM0.60 seunit. Ianya merupakan kenaikan sebanyak 100%.
4. Cengild Medical Berhad
Syarikat sektor kesihatan, Cengild Medical Berhad menawarkan harga IPO mereka pada RM0.33 seunit. IPO syarikat ini pula mula didagangkan pada 18 April 2022.
Pada hari pertama dagangan, harga IPO syarikat ini dibuka pada paras RM0.50 seunit. Ianya menjadikan harga dagangan hari pertama ini naik sekitar 50% daripada harga tawaran.
5. ITMAX System Berhad
Pembekal alatan pengawasan untuk bandar pintar ini adalah IPO terakhir yang disenaraikan untuk tahun 2022. Harga tawaran IPO ini adalah RM1.07 seunit.
Pada hari dagangan IPO ini yang bertarikh 13 Disember 2022, ianya dibuka pada paras RM1.52 seunit. Meningkat sebanyak 42.06% berbanding harga tawaran IPO ini.
Senarai Penuh IPO Patuh Syariah 2022

Berikut merupakan senarai penuh 17 IPO patuh syariah yang didagangkan untuk tahun 2022.
Daripada 17 IPO tersebut, sebanyak 12 IPO yang meraih keuntungan untuk pembukaan di pasaran saham, satu tidak berubah dan hanya 4 IPO yang didagangkan rugi.
Ini bermakna, hampir 70% IPO yang didagangkan meraih keuntungan, manakala sekitar 24% pula mengalami kerugian.
Anda pula bagaimana? Ada pengalaman manis berjaya memohon IPO diatas ini dan meraih keuntungan?
Cuba kongsikan kepada kami.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




