• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Petronas Menang Bidaan Cari Gali Blok Agua Marinha Di Brazil

in Saham
A A
Petronas Menang Bidaan Cari Gali Blok Agua Marinha Di Brazil

Gambar: Bloomberg

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Syarikat minyak dan gas negara, Petronas menerusi anak syarikat Petronas Petróleo Brasil Ltda (PPBL) dan rakan-rakan niaga berjaya memenangi blok cari gali Agua Marinha dalam bidaan regim perkongsian pengeluaran terbuka pertama yang diadakan di Rio de Janeiro. 

Ini menyaksikan PPBL akan menguasai 20 peratus kepentingan penyertaan dalam blok yang terletak di Lembangan Campos manakala masing-masing Petrobras (operator atau pengendali) sebanyak 30 peratus, TotalEnergies 30 peratus dan QatarEnergy 20 peratus.

Dalam kenyataannya, Petronas berkata Agensi Kebangsaan Petroleum, Gas Asli dan Bio Bahan Api Brazil (ANP) telah mengumumkan keputusan terbabit secara langsung pada 16 Disember lepas.

“Kami amat gembira dan teruja dengan keputusan hasil pusingan bidaan tersebut. Kejayaan ini jelas membuktikan kelebihan daya saing Petronas untuk pembangunan mampan serta pengewangan aset di kawasan Lembangan Campos.

“Petronas juga kekal fokus untuk menjana lebih banyak nilai daripada aset ini dengan rakan-rakan selain pihak berkuasa terbabit,” kata Naib Presiden Eksplorasi Mohd Redhani Abdul Rahman.

PPBL sebelum ini mengumumkan penemuan minyak pertama di telaga 4-BRSA-1386D-RJS di medan minyak Sépia di Lembangan Santos.

Ia mempunyai 21 peratus kepentingan penyertaan dalam kawasan terbabit.

Selain itu, PPBL turut mempunyai kepentingan penyertaan dalam Tartaruga Verde (Konsesi BM-C-36) dan Module III medan laut dalam Espadarte (Konsesi Espadarte) selain tiga blok cari gali laut dalam C-M-541, C-M-661 dan C-M-715 di Lembangan Campos.

— BERNAMA

Tags: BrazilLembangan Camposminyak dan gasPetronasPPBL
Share277ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In