• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Trend Lemah Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun semalam dan dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.29 peratus atau 4.33 mata, kepada 1,472.76 daripada 1,477.09 penutup Isnin.

Pasaran memulakan dagangan pagi ini dengan 3.36 mata lebih rendah pada 1,473.73.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 153 berbanding 122, manakala 210 kaunter tidak berubah, 1,753 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 169.51 juta unit bernilai RM52.98 juta.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen di bursa tempatan dijangka bertambah baik selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih usul undi percaya semalam.

“Kemenangan itu akan membersihkan suasana ketidaktentuan dalam kancah politik dan mengukuhkan keyakinan pelabur untuk bergerak ke hadapan.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada dalam aliran 1,475 dan 1,490 hari ini dengan tumpuan kepada bank dan saham perladangan,” katanya kepada Bernama.

Thong menambah stok perladangan diunjur menyaksikan beberapa pembelian hari ini kerana harga minyak sawit mentah telah kembali kepada sekitar RM4,000 satu tan memandangkan cuaca buruk semasa yang mungkin menjejaskan bekalan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank susut dua sen setiap satu, masing-masing kepada RM8.69 dan RM4.38, Petronas Chemicals turun tiga sen kepada RM8.48, CIMB lemah satu sen menjadi RM5.77 manakala TNB berkurangan lima sen kepada RM9.26.

Bagi saham aktif, Leform menokok dua sen 23.5 sen, Cengild Medical menambah 2.5 sen kepada 51 sen, Sunview meningkat 1.5 sen menjadi 63 sen dan Advance Synergy susut satu sen kepada 19.5 sen, manakala Serba Dinamik tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 23.94 mata kepada 10,578.06, Indeks FBMT 100 lebih rendah sebanyak 25.35 mata menjadi 10,283.19, Indeks FBM Emas Syariah 25.75 mata lebih rendah pada 10,718.48, Indeks FBM 70 berkurangan 10.60 mata kepada 12,938.98 dan Indeks FBM ACE lemah 8.04 mata kepada 5,469.76.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 8.05 mata menjadi  6,863.49, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.04 mata kepada 181.18, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 35.76 mata kepada 16,522.08.

Bagaimanapun, Indeks Tenaga meningkat 0.86 mata menjadi 788.02.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiapembukaanThong Pak Leng
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In