• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Catat Keuntungan Bersih Paling Tinggi Sebanyak RM1.17 Bilion

in Catalyst
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Paling Tinggi Sebanyak RM1.17 Bilion

Gambar: Gamuda

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM1.17 bilion pada suku pertama berakhir 31 Okt 2022 berbanding RM152.37 juta setahun lalu selepas disokong oleh keuntungan tunai sekali sahaja berjumlah RM1 bilion daripada pelupusan empat lebuh raya yang berjaya diselesaikan pada Oktober lepas. 

Perolehan meningkat 90 peratus kepada RM1.31 bilion daripada RM687.93 juta, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Gamuda ketika mengulas mengenai prospek menjangkakan prestasi tahun ini akan didorong oleh jualan hartanah, kemajuan kerja dalam projek Sydney Metro West – Pakej Terowong Barat dan Coffs Harbour Bypass di Australia termasuk kerja-kerja penyiapan MRT Laluan Putrajaya berikutan penjualan empat lebuh raya kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd pada Oktober 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Melangkah ke hadapan, daya tahan kumpulan akan disokong oleh tempahan dalam tangan yang agak besar iaitu mencecah hampir RM15 bilion dan jualan hartanah belum dibil sebanyak lebih kurang RM6 bilion.

“Selain itu, kumpulan mempunyai kunci kira-kira yang sihat dengan kedudukan lebihan tunai bersih selepas selesai penjualan lebuh raya,” katanya. 

Sementara itu, Gamuda turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak enam sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2023.

Lembaga pengarah juga telah menetapkan bahawa pelan pelaburan semula dividen (DRP), yang telah diluluskan oleh pemegang saham, harus termaktub kepada dividen interim pertama yang mana pemegang saham akan diberi peluang untuk melabur semula dividen interim pertama mereka ke dalam saham baharu. 

Ia menambah bahawa penyenaraian dan sebut harga bagi saham baharu yang akan dikeluarkan menurut DRP adalah tertakluk kepada kelulusan Bursa Malaysia Securities Bhd yang mana, permohonan akan dikemukakan dalam masa terdekat.

— BERNAMA

Tags: DRPGamudakeuntungansaham
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In