• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

EcoWorld Malaysia Catat Keuntungan Bersih RM157.2 Juta Pada Tahun Kewangan 2022

in Catalyst
A A
Sektor Besi Dan Hartanah Pasca Pandemik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) susut kepada RM157.21 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2022 (TK2022) daripada RM182.74 juta setahun sebelumnya.

EcoWorld Malaysia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil untuk tahun kewangan 2022 tidak berubah pada RM2.04 bilion tahun ke tahun walaupun mencatatkan keuntungan kasar yang lebih tinggi sebanyak 15 peratus terutamanya disebabkan oleh margin lebih tinggi yang dicapai pada tahun kewangan 2022 berikutan realisasi penjimatan kos daripada beberapa fasa yang sudah siap dan hampir siap.

“Hasil pada masa depan kumpulan kekal tinggi pada RM3.6 bilion setakat 31 Oktober 2022 sekali gus memberikan keterlihatan pendapatan yang jelas pada masa hadapan,” tambahnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sementara itu, EcoWorld Malaysia telah mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 2.0 sen sesaham pada suku keempat 2022, menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan untuk tahun kewangan 2022 kepada 5.0 sen sesaham.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EcoWorld Malaysia, Datuk Chang Khim Wah berkata sebanyak 20 peratus daripada jualannya pada tahun kewangan 2022 datang daripada portfolio perindustriannya yang besar dan berkembang maju.

“Presint (kawasan) komersil kami juga berkembang maju kerana usaha kami untuk membina dan mencipta nilai serta kejayaan dalam menarik sebahagian besar pangkalan pelanggan pemilik-penghuni telah menarik ramai peruncit dan pemilik perniagaan.

“Menyokong semua ini adalah model pembangunan perbandaran kami yang memberikan kami fleksibiliti luar biasa dalam menyesuaikan rangkaian produk kami untuk memenuhi keperluan dan permintaan pasaran yang berubah-ubah,” katanya.

EcoWorld Malaysia mencapai jualan tertinggi sebanyak RM3.84 bilion pada tahun kewangan 2022, melebihi sasaran jualannya sebanyak RM3.5 bilion dan melepasi rekod tertinggi sebelumnya sebanyak RM3.82 bilion yang dicapai pada tahun kewangan 2016.

Kumpulan itu berkata segmen di Malaysia turut mencatatkan jumlah jualan kediaman melebihi RM2.3 bilion kerana keputusan strategik kumpulan tersebut pada tahun kewanagan 2022 untuk melancarkan lebih banyak rumah yang telah dinaik taraf dan mewah di ketiga-tiga wilayah operasinya membuahkan hasil yang sangat positif.

Hampir RM1.7 bilion rumah berharga melebihi RM650,000 telah dijual, mewakili 44 peratus daripada jumlah jualan manakala rumah berharga di bawah RM650,000 juga merupakan komponen portfolio yang besar dengan jualan RM648.9 juta yang dicapai tahun ini.

— BERNAMA

Tags: Chang Khim WahEcoWorld Malaysiarumah mewahtahun kewangan 2022
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In