• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketidaktentuan Pasaran Global

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada sesi awal hari ini susulan sentimen berhati-hati yang terus ketara dalam ketidaktentuan prestasi semalaman pasaran global.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.53 peratus atau 7.82 mata kepada 1,459.31 daripada 1,467.13, semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 5.37 mata kepada 1,461.76.

Di pasaran meluas, kaunter rugi berbanding untung iaitu 328 berbanding 80 manakala 217 kaunter lain tidak didagangkan, 1,649 tidak diniagakan dan 48 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 274.10 juta unit bernilai RM102.06 juta.

Dalam nota tinjauannya hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata Wall Street susut semalaman berikutan kebimbangan mengenai kemelesetan baharu selepas AS mengumumkan data jualan runcit yang merosot akibat lonjakan inflasi.

Di peringkat tempatan, sentimen terhadap bursa dijangka kekal berhati-hati ini akibat kelemahan yang ketara di pasaran serantau.

“Berikutan itu, kami menjangkakan indeks itu akan bergerak dalam jajaran 1,465 hingga 1,480 hari ini memandangkan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah akan berlaku, khususnya dalam saham berkaitan pembinaan dan telekomunikasi,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM8.66 dan RM8.42, Public Bank dan TNB masing-masing susut tiga sen kepada RM4.35 dan RM9.18 manakala CIMB menokok satu sen kepada RM5.76.

Bagi saham aktif, Avillion dan Advance Synergy masing-masing meningkat setengah sen kepada 8.5 sen dan 19.5 sen manakala Ta Win, NWP dan Borneo Oil tidak berubah pada enam sen, 20.5 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 58.46 mata kepada 10,492.44, Indeks FBMT 100 turun 55.93 mata kepada 10,194.98, Indeks FBM Emas Shariah merosot 65.70 mata kepada 10,604.08, Indeks FBM 70 menguncup  75.47 mata kepada 12,847.20 dan Indeks FBM ACE kehilangan 46.59 mata kepada 5,425.0.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 74.17 mata pada 16,461.33, Indeks Perladangan berkurangan 26.65 mata kepada 6,677.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.97 mata kepada 180.05 dan Indeks Tenaga naik 8.15 mata kepada 786.45.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIinflasiRakuten Trade
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In