• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Merosot Berikutan Kenaikan Kadar Faedah AS

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia merosot untuk dibuka rendah hari ini berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan langkah untuk membenarkan kadar faedah meningkat, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 peratus atau 6.81 mata kepada 1,476.36 daripada 1,483.17 semalam.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 1.39 mata kepada 1,481.78.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 153 berbanding 143 manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,754 tidak diniagakan dan 41 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 137.53 juta unit bernilai RM57.63 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup dalam julat negatif berikutan peniaga menerima kenyataan Fed bahawa akan terdapat lebih banyak kenaikan kadar pada masa depan untuk menangani inflasi.

Dalam negara, katanya sentimen di bursa tempatan dijangka menjadi berhati-hati berikutan pelabur menunggu petunjuk seterusnya susulan penurunan di Wall Street.

“Bagaimanapun, belian saham dijangka berterusan, justeru, kami menjangka indeks FBM KLCI akan diniagakan antara 1,475 dan 1,490, dengan saham minyak dan gas terus menjadi tumpuan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, saham kewangan Maybank, Public Bank dan CIMB, masing-masing merosot empat sen kepada RM8.73, RM4.40 dan RM5.79, Petronas Chemicals berkurangan tiga sen kepada RM8.47 dan TNB susut tujuh sen kepada RM9.27.

Daripada saham aktif, NWP menambah setengah sen kepada 21 sen, Nylex naik lima sen kepada 26.5 sen dan Lay Hong meningkat satu sen kepada 28 sen manakala Jade Marvel berkurangan satu sen kepada 35 sen dan Iris jatuh setengah sen kepada 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 37.21 mata kepada 10,615.50, Indeks FBMT 100 merosot 39.90 mata kepada 10,316.72, Indeks FBM Emas Shariah susut 34.59 mata kepada 10,748.32, Indeks FBM 70 berkurangan 19.40 mata kepada 13,011.13 dan Indeks FBM ACE merosot 18.56 mata kepada 5,492.43.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 52.52 mata kepada 16,617.05, Indeks Perladangan merosot 14.59 mata kepada 6,726.30 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.12 mata kepada 181.26 manakala Indeks Tenaga menambah 3.37 mata kepada 798.73.    

— BERNAMA


Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIFedRakuten Trade
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In