• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Dipacu Data Inflasi AS Yang Lebih Naik

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini, mengikuti rapat kenaikan di Wall Street semalaman.

Peningkatan Wall Street didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menggalakkan di tengah-tengah sentimen berhati-hati yang berlarutan, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.58 mata kepada 1,472.70 daripada penutupan semalam pada 1,470.12.

Pasaran memulakan dagangan pagi ini dengan menyaksikan indeks utama naik 1.77 mata untuk mencapai paras 1,471.89.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 220 berbanding 107, manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,730 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 168.04 juta unit bernilai RM79.43 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street berakhir dalam zon positif apabila indeks harga pengguna (IHP) AS lebih rendah daripada unjuran, justeru, ramai menjangkakan  Rizab Persekutuan AS akan kurang agresif dalam menaikkan lagi kadar faedah.

Di pasaran tempatan pula, beliau berkata bursa dijangka diniagakan dalam julat yang ketat, seiring dengan pasaran serantau.

“Kami mengunjurkan indeks FBM KLCI berada dalam aliran julat 1,470-1,485.

“Selain itu pembelian dijangka tertumpu kepada kaunter minyak dan gas berikutan pemulihan harga minyak mentah yang dirangsang oleh pelonggaran sekatan COVID-19 di China,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.75, Public Bank naik dua sen kepada RM4.37, CIMB menokok satu sen kepada RM5.77 dan TNB menambah enam sen kepada RM9.27, manakala Petronas Chemicals susut satu sen menjadi RM8.47 .

Bagi saham aktif, SNS mengembang dua sen kepada 27 sen, Borneo Oil dan Dataprep tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen dan 25.5 sen, Advance Synergy meningkat setengah sen kepada 17.5 sen dan YX Precious meraih 1.5 sen kepada 23 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 15.22 mata menjadi 10,594.76, Indeks FBMT 100 naik 14.35 mata kepada 10,296.95, Indeks FBM Emas Syariah lebih tinggi 34.90 mata kepada 10,742.71 dan FBM 70 meraih 3.32 mata menjadi 13,009.32.

Bagaimanapun, FBM ACE turun sedikit sebanyak 0.25 mata kepada 5,494.65.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 16.98 mata kepada 16,555.15, manakala Indeks Perladangan memperoleh 29.86 mata menjadi 6,715.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.38 mata kepada 180.99 dan Indeks Tenaga naik 5.35 mata kepada 790.07.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIIHPpembukaanRakuten TradeWall Street
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In