• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

UMW Jual 39,034 Kenderaan Pada November 2022

in Berita
A A
Kumpulan UMW Kekalkan Momentum Jualan Automotif Dengan Pendaftaran Jualan Sebanyak 32,600 Kenderaan Pada April 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Jualan automotif UMW Holdings Bhd melonjak kepada paras tertinggi baharu pada November 2022 apabila kumpulan menyerahkan 39,034 unit pada bulan itu, iaitu 11 peratus lebih tinggi daripada 35,130 unit yang dicatatkan pada Oktober 2022.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua mencatatkan rekod jualan berikutan kedua-dua syarikat terus memenuhi tempahan tertunggak masing-masing yang memberangsangkan.

Bagi tempoh Januari 2022 dan November 2022, UMW Group menyerahkan 341,390 unit iaitu 48 peratus lebih tinggi daripada 230,355 unit dicatatkan pada tempoh sama 2021 yang terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh bermula 1 Jun hingga 15 Ogos 2021.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan UMW Holdings Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata UMWT dan Perodua telah menambah pengeluaran pada November dengan sokongan rantaian yang bekalan lebih baik dan akan terus meningkatkan pengeluaran untuk mempercepat penghantaran kereta kepada pelanggan.

“Menerusi jualan kukuh dicatatkan setakat ini, terutamanya berikutan pengecualian cukai jualan serta pengenalan model-model baharu, kami berupaya untuk mencapai sasaran jualan bagi 2022 pada November.

“Kami menjangkakan jualan akan kekal kukuh pada Disember berdasarkan tempahan yang menggalakkan,” katanya.

UMWT mencatatkan jualan tertingginya bagi 2022 menerusi penghantaran 10,442 unit pada November 2022 iaitu 13 peratus lebih tinggi berbanding 9,281 unit direkodkan pada bulan sebelumnya dan setakat ini bagi tahun ini, ia merekodkan 90,595 unit, pertumbuhan 44 peratus berbanding 63,105 unit dicatatkan pada tempoh sama 2021.

Perodua meraih jualan bulanan tertingginya dengan mencatatkan 28,592 unit pada November 2022 iaitu 11 peratus lebih tinggi daripada 25,849 unit dicatatkan pada Oktober 2022. 

Bagi 11 bulan pertama 2022, jualan Perodua melonjak sebanyak 50 peratus kepada 250,795 unit daripada 167,250 unit dicatatkan bagi tempoh sama 2021 sekali gus melepasi sasaran jualannya pada tahun ini iaitu 247,800 unit.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In