• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sejajar Dengan Peningkatan Wall Street

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula dan dibuka tinggi sedikit pada urus niaga Selasa, mengambil petunjuk daripada peningkatan prestasi Wall Street semalaman walaupun mod agak berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari di seluruh dunia minggu ini.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.59 mata kepada 1,474.97 daripada penutupan semalam pada 1,474.38.

Pasaran memulakan dagangan pagi ini 2.15 mata lebih tinggi untuk mencapai paras 1,476.53.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 234 berbanding 95, manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,702 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 212.65 juta unit bernilai RM143.79 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street mempamerkan lantunan semula apabila tumpuan kini beralih kepada data inflasi baharu dan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat terhadap kadar faedah.

Namun begitu, katanya bursa tempatan dijangka meneruskan sesi hambarnya kerana sentimen kekal berhati-hati sejajar dengan prestasi yang lebih lemah di peringkat serantau.

“Kami menjangkakan perkara yang sama untuk hari ini walaupun Wall Street meningkat semalaman. Oleh itu, indeks diunjur mengekalkan arah alirannya dalam julat 1,470-1,485,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.68, Public Bank dan Petronas Chemicals turun satu sen setiap satu kepada RM4.39 dan RM8.47, manakala CIMB dan TNB masing-masing menokok dua sen kepada RM5.76 dan RM9.22.

Bagi saham aktif, ITMAX yang baharu tersenarai di Pasaran Utama melonjak 37 sen kepada RM1.44, Velesto naik setengah sen kepada 16 sen, Yew Lee meningkat satu sen menjadi 37 sen, Advance Synergy tidak berubah pada 18 sen dan Leform menambah 1.5 sen kepada 22 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 15.16 mata kepada 10,601.68, Indeks FBMT 100 mengembang 13.83 mata menjadi 10,302.41, Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 21.74 mata kepada 10.754.89, FBM 70 meraih 56.43 mata kepada 12,974.70 dan FBM ACE peroleh 27.23 mata menjadi 5,520.87.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 8.23 mata kepada 16,548.06, Indeks Perladangan menambah 6.09 mata kepada 6,758.58, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.23 mata kepada 181.66 dan Indeks Tenaga peroleh 6.77 mata kepada 785.23 .

— BERNAMA


Tags: FBM KLCIpembukaanRakuten TradeTAG: Bursa MalaysiaWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In