• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) melonjak kepada RM65.67 juta pada suku kedua berakhir 31 Okt 2022 daripada RM26.04 juta pada suku yang sama tahun lepas, didorong oleh peningkatan hasil.

Hasil naik 61.9 peratus kepada RM782.97 juta berbanding RM483.84 juta sebelum ini, terutamanya disebabkan oleh penyelesaian berterusan pesanan tertunggak yang besar yang diterima sebelum tamat insentif pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022 untuk ketiga-tiga pasaran dalam kumpulan.

“Margin kasar untuk operasi Mazdanya bertambah baik berikutan perubahan dalam komposisi campuran jualan dan peningkatan nilai ringgit berbanding yen Jepun.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Begitu juga, sumbangan daripada syarikat bersekutunya, Mazda Malaysia Sdn Bhd, meningkat sejajar dengan volum jualan yang lebih tinggi dalam pasaran domestik,” katanya dalam satu kenyataan yang dimaklumkan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam suku yang ditinjau, kumpulan itu mencatatkan sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi Peugeot dan Kianya.

BAuto mengumumkan dividen interim satu peringkat kedua sebanyak 3.50 sen sesaham, yang perlu dibayar pada 6 Jan 2023.

Bagi tempoh enam bulan kumulatif berakhir 31 Okt 2022, keuntungan bersih syarikat melonjak kepada RM115.83 juta daripada RM36.31 juta, manakala hasil meningkat kepada RM1.50 bilion berbanding RM804.63 juta sebelumnya.

Melangkah ke hadapan, BAuto berkata sektor automotif akan terus menghadapi persaingan sengit daripada vendor bukan tradisional dalam industri elektronik, elektrik dan berkaitan IT untuk pembekalan cip mikro dan komponen.

“Penyambungan semula pengeluaran secara beransur-ansur oleh pengeluar semikonduktor di dalam dan luar negara akan membantu mengurangkan keadaan kekurangan cip mikro dan komponen.

“Berdasarkan perkara tersebut dan tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, para pengarah menjangkakan prestasi kumpulan akan kekal positif untuk baki tahun kewangan berakhir 30 April 2023 (tahun kewangan 2023),” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: automotifBAutoMazdaPeugeotsuku keduatahun kewangan 2023
Share259ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In