fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

SC Keluar Garis Panduan Baharu Dan Nota Teknikal Bagi Makluman Pelaburan

in Berita
A A
SC Rancang Benarkan Dana Borong Dapat Pendedahan Kepada Aset Alternatif
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan garis panduan baharu untuk mengukuhkan peranan firma analisis pelaburan dan analisis mereka sebagai sumber maklumat pelaburan yang boleh dipercayai kepada orang ramai. 

SC dalam satu kenyataan hari ini berkata garis panduan Tata Laku Pasaran dan Amalan Perniagaan bagi Analisis Pelaburan dan Analisis Mereka (Garis Panduan IA) menggariskan prinsip teras dan standard minimum yang perlu dipatuhi oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran (CMSRL).  

“Firma analisis pelaburan dan analisis mereka diharapkan memiliki standard integriti dan kompeten yang tinggi dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan penyelidikan bagi memastikan objektiviti dan kualiti laporan dan cadangan penyelidikan mereka. 

“Mereka akan diberikan tempoh enam bulan untuk membiasakan diri mereka dengan Garis Panduan IA, yang berkuat kuasa pada 8 Jun, 2023,” katanya. 

Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata penasihat pelaburan memainkan peranan penting dalam pasaran modal dengan menyediakan maklumat berharga kepada pelabur untuk menilai peluang pelaburan. 

“Itulah sebabnya mengapa SC mengharapkan mereka dapat menyediakan perkhidmatan berkaitan penyelidikan dengan tekun dan wajar,” katanya. 

Selain itu, SC berkata ia juga mengeluarkan nota teknikal untuk menyediakan butiran terperinci mengenai keperluan pelesenan bagi mereka yang menyediakan nasihat pelaburan digital sejajar dengan agenda SC untuk mewujudkan ekosistem inklusif secara digital bagi pasaran modal. 

“Kedua-dua pembangunan itu menyokong teras utama Pelan Induk Pasaran Modal 3 untuk menyediakan kepada pelabur akses yang lebih baik kepada nasihat pelaburan berkualiti dan peningkatan kepelbagaian untuk memenuhi keperluan pelaburan mereka menerusi ekosistem inklusif yang lebih digital,” katanya.

— BERNAMA

Tags: analisisgaris panduanGaris Panduan IAnota teknikalpelaburanSC
Share231ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In