• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat ketika memulakan dagangan hari ini dan bergerak menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lebih positif.

Pada 9.18 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) itu naik 4.78 mata kepada 1,470.71 daripada paras 1,465.93 pada akhir dagangan semalam.

Pasaran dibuka menokok 1.97 mata kepada 1,467.90.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 246 berbanding 143 manakala 267 kaunter lain tidak berubah, 1,599 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 485.12 juta unit bernilai RM142.49 juta.

Dalam pada itu, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata prestasi positif ekuiti AS dijangka turut mempengaruhi indeks petunjuk utama berada dalam jajaran 1,460-1,475, hari ini.

“Prestasi sektor pembinaan agak memberangsangkan sejak akhir-akhir ini yang boleh menjadi penggerak aliran perkembangan positif di masa depan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini. 

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing naik satu sen kepada RM8.63 dan RM4.42; CIMB meraih dua sen kepada RM5.63; TNB menokok 15 sen kepada RM9.30 manakala IHH Healthcare meraih lima sen kepada RM5.90.

Selain itu, Digi, Hong Leong Bank dan Petronas Chemicals pula tidak berubah masing-masing pada RM3.85, RM20.44 dan RM8.40 

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan MQ Technology menokok setengah sen kepada 4.5 sen dan 5.5 sen manakala Icon Offshore naik satu sen kepada sembilan sen, Infomina melonjak 11 sen kepada RM1.20, dan AHB Holdings, Yew Lee Pacific, Reservoir Link serta Ni Hsin tidak berubah pada 14 sen, 32 sen, 42 sen dan 15.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 33.08 mata kepada 10,557.69, Indeks FBMT 100 meningkat 32.55 mata kepada 10,261.20, Indeks FBM Emas Shariah naik 37.44 mata kepada 10,726.71, FBM 70 menambah 37.81 mata kepada 12,876.94 dan FBM ACE meningkat 26.51 mata kepada 5,528.53.   

Bagi sektor pula, Indeks Perladangan naik 6.88 mata kepada 6,739.67, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.04 mata kepada 16,451.86, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian sebaliknya susut 0.08 mata kepada 180.35 manakala Indeks Tenaga turun 2.48 mata kepada 772.63.  

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In