• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Scientex Meningkat 4.2 Peratus Kepada RM107.18 Juta Bagi Suku Pertama

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Scientex Berkurangan Kepada RM93.69 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Untung bersih Scientex Bhd meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada RM107.18 juta bagi suku pertama berakhir 31 Okt, 2022 daripada RM102.87 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun kewangan 2022, didorong sumbangan positif daripada bahagian pembungkusan dan pembangunan hartanah.

Perolehan pula meningkat 11 peratus kepada RM1.03 bilion daripada RM928.17 juta bagi tempoh yang sama, menurut pembuat pembungkusan plastik itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Syarikat itu menjelaskan tu berkata perolehan daripada pembungkusan meningkat 5.6 peratus tahun ke tahun kepada RM716.0 juta pada suku pertama itu, disokong oleh margin lebih baik selain harga bahan mentah yang rendah dalam segmen pembungkusan pengguna.

“Produk pembungkusan bagi perindustrian mencatatkan jualan lebih rendah berikutan permintaan yang lemah apabila pelanggan global bertindak berhati-hati mengenai sentimen perdagangan global.

“Keuntungan operasi pembungkusan berkurangan daripada RM64.7 juta kepada RM56.9 juta disebabkan permintaan berkurangan untuk produk pembungkusan industri ditambah dengan kos operasi keseluruhan yang lebih tinggi,” menurutnya.

Menurut Scientex hasil hartanah meningkat 25.5 peratus tahun ke tahun kepada RM313.9 juta, terutama disumbangkan oleh projek pembangunan di Taman Pulai Mutiara 1 dan 2 di Johor, serta Scientex Jasin dan Scientex Bandar Jasin di Melaka.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lim Peng Jin berkata ketidaktentuan global, kos operasi yang meningkat ekoran ganguan rantaian bekalan serta peningkatan inflasi masih menjadi faktor negatif utama dan boleh menjejaskan permintaan global terhadap pembungkusan dalam jangka masa terdekat.

Beliau berkata justeru, Scientex terus memperkukuh kecekapan operasi dan rantaian bekalan, di samping mempertingkatkan keupayaan untuk mengekalkan daya saing.

Syarikat bergerak seiring dengan pelan pengembangannya yang dirangka untuk pertumbuhan jangka masa lebih panjang, katanya.

“Bagi bahagian hartanah, kami telah menyusun beberapa pelancaran fasa baharu merentas pembangunan kami di Semenanjung Malaysia, yang akan memanfaatkan penjenamaan kukuh, harga mampu milik dan lokasi strategik kami.

“Kami menjangkakan permintaan stabil untuk rumah berharga mampu milik kami dan sedang menjalankan inisiatif pengurusan kos untuk menangani kos pembinaan yang meningkat,” katanya.

Semasa mesyuarat agung tahun ke-54 Scientex hari ini, para pemegang saham syarikat telah meluluskan dividen akhir sebanyak lima sen sesaham untuk tahun kewangan 2022, yang boleh bayar pada 9 Jan, 2023 sekali gus menjadikan jumlah pembayaran dividen sebanyak RM139.6 juta.

— BERNAMA

Tags: hartanahLim Peng JinpembungkusanplastikScientex
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In