KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Konsortium yang dianggotai Muhibbah Engineering Bhd telah mendapat kontrak bernilai RM322 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd yang berkaitan dengan Projek Gansar, terletak 190 kilometer luar pesisir Terengganu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan dan minyak itu berkata kontrak 22 bulan itu akan melibatkan penyediaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan serta pemasangan (EPCC+1) Struktur Berat Ringan (LWS), Pengubahsuaian Duyong Brownfield dan perkhidmatan Host Tie-In untuk Projek Gansar.
“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan Muhibbah untuk tahun kewangan semasa dan akan datang. Kontrak ini tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham Muhibbah.
“Kontrak ini berada dalam skop perniagaan normal kumpulan Muhibbah, jadi kami tidak menjangkakan sebarang pendedahan kumpulan kepada risiko baharu selain daripada perniagaan sedia ada,” katanya.
— BERNAMA