• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

DNeX Tumpu Bina Daya Tahan Untuk Catat Pulangan Mampan

in Catalyst
A A
Saham DNEX Paling Aktif Didagangkan Susulan Rancangan Pengambilalihan

Gambar: The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Perniagaan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) yang pelbagai meletakkan syarikat itu pada kedudukan yang kukuh untuk menampan persekitaran yang dijangka mencabar pada 2023.

Perniagaan DNeX  meliputi sektor teknologi, tenaga serta teknologi maklumat.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pelaburan strategik syarikat dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan Ping Petroleum Ltd telah melonjakkan DNeX ke tahap lebih tinggi, didorong oleh kejayaan pemulihan faundri wafer semikonduktor serta sumbangan berulang daripada operator minyak dan gas huluan.

Beliau berkata dalam segmen teknologi, yang diljalankan oleh SilTerra, pengembangan kapasiti sebanyak 10 peratus yang dijadualkan selesai pada separuh pertama 2023 akan membolehkan syarikat  itu menambah lebih banyak kapasiti kepada pembuatan teknologi pesat membangun bagi kemampanan jangka panjang.

“Usaha untuk meningkatkan pengeluaran Kluster Anasuria Ping di Laut Utara, United Kingdom, sedang dijalankan. Penyiapan pemasangan semula paip khas dan pemulihan penyelenggaraan utama dijangka meningkatkan kadar pengeluaran medan.

“Kami yakin perniagaan tenaga kami menerusi Ping akan terus berkembang sebagai syarikat yang diterajui Malaysia dan memperluas serta membuka potensi aset lain di rantau UK dan Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam sektor IT, Syed Zainal Abidin berkata transaksi Jendela Tunggal Nasional (NSW) telah berkembang susulan penarikan balik sekatan akibat COVID-19, dan trend ini berkemungkinan meningkat dalam beberapa bulan akan datang sejajar dengan perayaan bermusim.

DNeX juga memperluas kehadirannya ke pasaran serantau dan antarabangsa melalui kerjasama strategik dengan syarikat IT utama dan multinasional terkemuka, katanya.

Beliau berkata DNeX teguh dari segi tumpuan untuk membina daya tahan merentas segmen perniagaannya bagi tujuan menghasilkan pulangan mampan melalui pengoptimuman kos dan kecekapan operasi.

DNeX juga mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Abd Rahman Mamat sebagai pengerusi.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, DNeX memaklumkan bahawa sebab peletakan jawatan itu adalah “untuk seiring dengan amalan tadbir urus korporat yang baik dan untuk mencapai kepentingan korporat lain”.

— BERNAMA

Tags: Dagang NeXchange BhdDNeXITminyak dan gasPing Petroleum LtdSilTerra Malaysia Sdn BhdSyed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In