• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah. 

Pada 9.28 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.56 mata kepada 1,471.00 daripada 1,471.56 pada Isnin. 

Saham pandu pasaran dibuka rendah 2.57 mata kepada 1,468.99.  

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 301 berbanding 229 manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,416 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 729.65 juta unit bernilai RM226.56 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Naib Presiden Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti belian mungkin wujud tidak lama lagi berikutan jualan baru-baru ini yang dilihat tidak wajar berdasarkan sekatan pergerakan COVID-19 terkini yang longgar di Shanghai dan Hangzhou dijangka terus menyokong pasaran serantau.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan meningkat semula dan berada dalam julat 1,470-1,490 hari ini walaupun merosot di Wall Street semalaman,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM8.52, TNB naik enam sen kepada RM9.13, IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM5.90 manakala Hong Leong Bank dan Press Metal, masing-masing meningkat dua sen kepada RM20.52 dan RM4.81.

Maybank tidak berubah pada RM8.58, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.43 dan CIMB berkurangan tiga sen kepada RM5.61.

Daripada saham aktif, Dataprep naik 4.5 sen kepada 32 sen, Euro Holdings meningkat tiga sen kepada 14.5 sen, Sarawak Consolidated menambah 1.5 sen kepada 16.5 sen, MQ Technology tidak berubah pada tujuh sen dan Advance Synergy berkurangan setengah sen kepada 18.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 5.46 mata kepada 10,581.23, Indeks FBMT 100 berkurangan 4.45 mata kepada 10,274.68, Indeks FBM Emas Shariah susut 0.60 mata kepada 10,766.85 dan FBM 70 turun 7.76 mata kepada 12,939.41 manakala FBM ACE naik 25.70 mata kepada 5,448.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 12.36 mata kepada 16,433.49, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.42 mata kepada 181.98, Indeks Perladangan berkurangan 25.38 mata kepada 6,727.68 dan Indeks Tenaga susut 3.94 mata kepada 810.82.  

— BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, buka, Rakuten Trade, FBM KLCI, Wall Street

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Trade
Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In