• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Sasar 300 PLC Sertai Program Transformasi Menjelang 2025

in Berita
A A
Bursa Malaysia Sasar 300 PLC Sertai Program Transformasi Menjelang 2025
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) menyasarkan sebanyak 300 Syarikat Senaraian Awam (PLC) akan menyertai program transformasi bagi syarikat terbabit menjelang 2025.

Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata setakat ini lebih daripada 100 PLC telah menyatakan komitmen untuk menyertai program itu daripada sejumlah 971 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Akan ada lebih banyak sesi libat urus dengan mereka pada tempoh mulai 2023 dan seterusnya. Namun, ini bukanlah sesuatu yang wajib untuk PLC (menyertainya), tetapi lebih kepada galakan untuk mereka serta menjadi bahagian awal program transformasi ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran buku panduan terbaharu Program Transformasi PLC di sini, hari ini.

Terdahulu, Bursa Malaysia melancarkan dua buku panduan digital terakhir di bawah edisi Program Transformasi Syarikat Senaraian Awam (PLC) yang bermatlamat menjadikan syarikat terbabit sebagai organisasi berprestasi tinggi.

Abdul Wahid Omar berkata berkata Buku Panduan Keempat bertemakan ‘Pengupayaan Secara Digital,’ menumpukan aspek keperluan, peluang dan manfaat bagi membolehkan perniagaan lebih berdaya digital dan seterusnya melonjakkan prestasi secara menyeluruh yang seiring dengan kemajuan teknologi.

Buku Panduan Kelima ‘Menyumbang Ke Arah Pembangunan Negara’ pula menekankan aspek inisiatif pertumbuhan perniagaan yang tidak hanya memberi manfaat kepada syarikat, tetapi turut membentuk perkembangan ekonomi, masyarakat serta negara.

“Bersandarkan kepada strategi bersasar yang seiring dengan matlamat perniagaan serta agenda kebangsaan masing-masing, PLC mampu menjadi lebih berdaya saing, meningkatkan keupayaan tenaga kerja selain membantu negara meraih kedudukan lebih kukuh dalam rantaian bekalan global,” katanya dalam ucapan aluan.

Abdul Wahid juga menyifatkan dua buku panduan yang dilancarkan hari ini sebagai amat bertepatan selepas pandemik COVID-19 selama dua tahun membuktikan kepentingan pengupayaan pendigitalan serta perniagaan yang tangkas untuk tidak hanya dapat bertahan, tetapi mampu berkembang maju ketika tempoh sukar.

“Prestasi pendapatan PLC kita sebagaimana diukur oleh pertumbuhan dalam pendapatan sesaham (EPS) Malaysia kurang memberangsangkan sejak berlakunya krisis kewangan global. Pendapatan misalnya telah merosot kepada paras terendah dalam tempoh 10 tahun pada 2020 dan hanya mulai pulih pada 2021.

“Pada masa sama, wajaran Malaysia dalam Indeks Pasaran Sedang Membangun Morgan Stanley Capital International (MSCI) juga susut sejak 2019 yang menjejaskan usaha untuk meraih sejumlah besar dana global.

“Namun, kita gembira apabila wajaran tersebut telah meningkat kepada 1.62 peratus pada Oktober 2022 berbanding 1.39 peratus pada 2021,” katanya.

Ini jelas membuktikan keperluan bagi PLC mengambil langkah serta tindakan sewajarnya bagi meningkatkan prestasi masing-masing, kata beliau.

Abdul Wahid turut menggesa kesemua PLC untuk terbabit secara aktif dalam pelbagai aktiviti Program Transformasi PLC akan datang yang memakan masa beberapa tahun sehingga 2025.

Bursa Malaysia telah melancarkan Program Transformasi PLC pada Mac lepas yang bertujuan mengemudi serta menyokong korporat Malaysia untuk melonjak ke tahap prestasi lebih tinggi dengan mengukuhkan naratif pertumbuhan syarikat terbabit.

Buku panduan pertama menumpukan matlamat pembangunan serta organisasi yang dipacu oleh prestasi; buku kedua mengenai amalan mampan, tanggungjawab sosial dan etika manakala pengukuhan pengurusan pihak berkepentingan dan perhubungan pelabur menjadi fokus dalam buku ketiga.

Kesemua lima buku panduan digital itu boleh dimuat turun di laman sesawang Bursa Malaysia yang turut menjadi sumber bagi semua PLC serta syarikat swasta, khususnya perusahaan kecil dan sederhana.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiaprogramsyarikat senaraian awam
Share222ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In