• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

AMMI: Malaysia Antara Hab Pembuatan Peranti Luar Pesisir Terbaik Dunia

in Berita
A A
AMMI: Malaysia Antara Hab Pembuatan Peranti Luar Pesisir Terbaik Dunia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

GEORGE TOWN, 1 Dis  (Bernama) — Malaysia kini merupakan salah satu hab pembuatan peranti perubatan luar pesisir terbaik dunia, dengan lebih 290 syarikat pembuatan terlibat dalam industri peranti perubatan negara yang kini berkembang maju.

Pengerusi Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) Andy Lee Kuan Min berkata sebanyak 10 daripada 30 syarikat teknologi perubatan (MedTech) global telah menubuhkan kemudahan pembuatan di Malaysia.

“Daripada pengeluar sarung tangan lateks dan kateter, industri tempatan hari ini diiktiraf sebagai pengeluar dan pembekal yang boleh dipercayai bagi rangkaian luas peranti perubatan bernilai tinggi yang diperbuat daripada elektronik, plastik, silikon, dan aloi logam.

“Beberapa peranti perubatan bernilai tinggi yang dikeluarkan di Malaysia ialah implan pendengaran, produk ortopedik, perentak jantung, injap jantung dan sistem perubatan lanjutan,” katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Industri MedTech Malaysia 2022 hari ini.

Mengulas lanjut, Lee berkata kejayaan industri peranti perubatan Malaysia disebabkan sebahagian besarnya berpunca daripada kejayaan dalam sejarah pembuatan yang terbukti, bakat berbilang bahasa, kemudahan menjalankan perniagaan dan rantaian bekalan tempatan yang baik bersama sokongan daripada institusi dan rangka kerja dasar.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dalam ucaptamanya berkata Pulau Pinang kekal sebagai lokasi yang sangat menarik kerana ia memiliki ketersediaan infrastruktur dan ekosistem yang sepadan dengan keperluan sektor teknologi perubatan.

Pulau Pinang sering dipuji sebagai hab yang mempunyai semangat dan bersedia untuk setanding dengan Puerto Rico, Ireland dan Costa Rica yang sering diiktiraf sebagai hab pembuatan peranti perubatan luar pesisir utama di dunia, katanya.

“Industri sokongan dan sampingan yang kukuh di Pulau Pinang telah menjana skala yang besar untuk industri teknologi perubatan.

“Kerajaan negeri akan memastikan pertumbuhan yang mampan dalam industri teknologi perubatan, terutamanya pada bakat dan ketersediaan infrastruktur,” tambahnya.

Sidang Kemuncak Industri MedTech Malaysia 2022 yang diadakan hari ini dianjurkan oleh AMMI sempena ulang tahun ke-50 perindustrian Pulau Pinang, dengan sokongan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest Penang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In