• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

AMMB, QL Resources Ganti Kedudukan Hartalega Dan Top Glove Dalam KLCI

in Saham
A A
AMMB, QL Resources Ganti Kedudukan Hartalega Dan Top Glove Dalam KLCI
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — FTSE Russell dan Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan perubahan kedudukan dua komponen FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI yang menyaksikan penyenaraian AMMB Holdings Bhd serta QL Resources Bhd dalam indeks utama tersebut.

Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corp Bhd sebaliknya muncul sebagai dua konstituen yang dikeluarkan susulan semakan semula separuh tahun Siri Indeks FBM bagi Disember 2022.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua pihak terbabit berkata senarai simpanan FBM KLCI yang merangkumi lima bukan konstituen indeks dalam kedudukan tinggi dari segi permodalan pasaran adalah Fraser and Neave Holdings, Gamuda, Malaysia Airports Holdings, Time Dotcom dan Westports Holdings.

“Senarai simpanan ini akan digunakan sekiranya satu atau lebih konstituen itu dikeluarkan daripada FBM KLCI mengikut peraturan asas indeks ketika tempoh sehingga semakan separuh tahun seterusnya,” katanya.

Selain itu, semakan semasa itu turut membabitkan perubahan 11 konstituen dalam Indeks FBM Mid 70 dan tiga konstituen dalam Indeks FBM Hijrah Shariah.

Sehubungan itu, Indeks FBM Mid 70 kini merangkumi penyertaan baharu seperti Affin Bank, Berjaya Food, Dayang Enterprise Holdings, Hartalega Holdings, Heineken Malaysia, Hextar Technologies Solutions, Hong Leong Capital, PMB Technology, Top Glove Corp, Uchi Technologies  dan United Plantations

Perubahan itu menyaksikan AEON Credit Service (M), AMMB Holdings, Carlsberg Brewery Malaysia, Dufu Technology Corp, Genting Plantations, GHL Systems, Leong Hup International, QL Resources, Sports Toto, Sunway dan UMW Holdings dikeluarkan daripada indeks tersebut.

Bagi Indeks FBM Hijrah Shariah akan melibatkan kemasukan Inari Amertron, Malaysia Airports dan Press Metal Aluminium manakala Genting Plantations, PPB Group dan Sunway dikeluarkan.

 Kesemua perubahan konstituen ini akan berkuatkuasa pada 19 Dis, 2022 manakala semakan seterusnya akan dilaksanakan pada Jun 2023.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFTSE RussellKLCIsemakan semula
Share236ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In