• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari pertama Disember, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif berikutan peniaga menyambut baik kenyataan daripada Rizab Persekutuan AS (Fed) bahawa ia akan mengambil langkah kurang agresif mengenai kenaikan kadar pada masa depan.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.08 mata kepada 1,492.88 daripada 1,488.80 semalam.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 2.00 mata kepada 1,490.80.

Terdapat 286 kaunter untung dan 116 kaunter rugi dalam pasaran secara menyeluruh manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,600 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 228.96 juta unit bernilai RM94.08 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI akhirnya keluar daripada fasa konsolidasi yang disokong oleh aktiviti belian yang kukuh.

“Kami melihat berita baru-baru ini untuk memulihkan ekonomi negara dijangka menyebabkan peralihan minat kepada sektor pembinaan berikutan kesan pengganda yang dianggap paling tinggi untuk memacu aktiviti ekonomi domestik.

“Sementara itu, sekatan yang longgar di Guangzhou dan Chongqing juga dijangka meningkatkan sentimen serantau. Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,485-1,500 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, penanda aras minyak mentah Brent ditutup melebihi paras US$85 setong, berikutan paras inventori yang lebih rendah daripada jangkaan, kata Thong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.67, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM8.60, CIMB menambah dua sen kepada RM5.82, Public Bank tidak berubah pada RM4.50 dan Tenaga berkurangan lima sen kepada RM9.37.

Daripada saham aktif, MQ Technology tidak berubah pada lima sen, Infomina naik 6.5 sen kepada 64.5 sen dan Reach Energy menambah satu sen kepada lima sen manakala Zen Tech dan Fintec Global, masing-masing berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen dan satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 40.19 mata kepada 10,673.89, Indeks FBMT 100 meningkat 38.50 mata kepada 10,390.76, Indeks FBM Emas Shariah menambah 42.97 mata kepada 10,826.06, FBM 70 menokok 88.12 mata kepada 12,939.21 dan FBM ACE naik 25.99 mata kepada 5,237.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 45.72 mata kepada 16,669.06, Indeks Perladangan meningkat 50.42 mata kepada 6,778.19, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.53 mata kepada 182.29 dan Indeks Tenaga naik 9.73 mata kepada 777.24.

— BERNAMA


Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRizab Persekutuan ASWall Street
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In