• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, March 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bank Islam Catat Untung Bersih Ketiga Lebih Tinggi Kepada RM142.86 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Bank Islam Terbit Sukuk Wakalah Sulung Bernilai RM500 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 30 Nov  (Bernama) — Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM142.86 juta pada suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2022, daripada RM101.63 juta dalam tempoh yang sama pada 2021 disebabkan pendapatan bersihnya yang meningkat diseimbangkan oleh jumlah overhed yang lebih tinggi.

Pendapatan bersih kumpulan turut meningkat sebanyak RM111.2 juta atau 22.2 peratus, terutamanya disebabkan pendapatan berasaskan dana bersih yang lebih tinggi pada suku tersebut dipacu oleh pertumbuhan dalam pembiayaan.

Jumlah overhed naik sebanyak RM53.5 juta iaitu meliputi kos kakitangan dan perbelanjaan am yang lebih tinggi masing-masing sebanyak RM40.2 juta dan RM13.3 juta, melebihi overhed pada S3 2021.

Sementara itu, hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM933.68 juta daripada RM746.22 juta setahun lalu, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Elaun bersih BIMB untuk rosot nilai ke atas pembiayaan dan pendahuluan, pembiayaan lebih rendah pada RM24.9 juta untuk S3 2022, menurun sebanyak 26.7 peratus berbanding S3 2021.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2022, keuntungan bersih BIMB jatuh kepada RM365.93 juta daripada RM454.66 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil meningkat kepada RM2.53 bilion berbanding RM2.35 bilion sebelumnya.

Mengenai prospek untuk baki bulan pada 2022, BIMB berkata pihaknya sedang membangunkan model rantaian bekalan digital untuk memenuhi keperluan pelanggan korporat dan pengoptimuman platform digital akan mengukuhkan lagi kerjasamanya serta membuka lebih banyak peluang perniagaan dengan rakan kongsi sedia ada dan pelanggan baharu yang berpotensi.

“Sementara itu, Perbankan Korporat BIMB menyasarkan untuk memupuk dan mengembangkan tumpuan sektoral baharu kepada bank, sebahagian besarnya pada pembiayaan hijau dan sukuk tanpa penarafan sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mempelbagaikan sumbangan kepada pendapatan kami,” katanya.

Ia menambah BIMB akan kekal berwaspada dalam memelihara kualiti aset dengan berhati-hati dalam menerima pelanggan korporat baharu.

— BERNAMA

Tags: BIMBBursa MalaysiaKeputusanperbankanS3 2021
Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In