• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga Cahya Mata Sarawak Melonjak Kepada RM154.36 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Cahya Mata Sarawak Melonjak Kepada RM154.36 Juta

DCIM100MEDIADJI_0096.JPG

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Nov  (Bernama) — Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) mencatatkan lonjakan dalam untung bersihnya kepada RM154.36 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 daripada RM53.88 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat sebanyak 50 peratus kepada RM278.39 juta daripada RM185.87 juta sebelumnya disebabkan oleh pengiktirafan muhibah negatif yang berlaku daripada pengambilalihan kumpulan Oiltools, pembalikan rosot nilai pada pelaburan dan pinjaman kepada syarikat bersekutu yang dicatatkan pada suku ketiga.

Kumpulan itu berkata pada sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept, 2022, keuntungan bersih telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada RM265.95 juta daripada RM179.06 juta yang dicatatkan pada sembilan bulan pertama 2021, manakala hasil meningkat kepada RM702.17 juta daripada RM572.93 juta sebelum ini.

“Mengenai keputusan syarikat bersekutu, sumbangan keuntungan yang dicatatkan adalah lebih tinggi pada sembilan bulan 2022 berbanding tempoh yang sama 2021, terutamanya disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat bersekutu yang lebih baik sebanyak RM34.27 juta,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkenaan prospek pula, ia berkata kos bahan yang semakin rendah akan menjadi petanda baik untuk tahun kewangan akan datang, dengan projek infrastruktur dan pembangunan luar bandar di Sarawak kekal utuh.

“Pihak pengurusan terus berpegang pada pandangan jangka panjang bahawa sebaik sahaja kesesakan logistik dan kos bahan mentah menjadi stabil, aktiviti akan meningkat semula dan memberi manfaat kepada perniagaan kumpulan,” katanya.

CMS menambah kumpulan itu menjangkakan apabila selesainya pengambilalihan perniagaan Oiltools, ia akan memberi sumbangan kewangan yang positif pada suku akan datang.

— BERNAMA  

Tags: Cahya Mata Sarawak Bhdhasilkeputusan kewanganOiltoolsS3 2022
Share255ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In