• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Suku Ketiga PetDag Naik Kepada RM275.97 Juta, Umum Dividen 20 Sen Sesaham

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Petronas Dagangan Pada Suku Ketiga Merosot Kepada RM212.66 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Nov  (Bernama) — Petronas Dagangan Bhd (PetDag) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM275.97 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 (S3 2022) daripada RM119.31 juta disebabkan sumbangan daripada keuntungan kasar yang lebih tinggi dalam segmen komersial berikutan harga yang memuaskan dan permintaan yang lebih menggalakkan.

Hasil meningkat kepada RM10.13 bilion daripada RM5.24 bilion pada S3 2021 disebabkan oleh peningkatan volum jualan dan purata harga jualan yang lebih tinggi sebanyak satu peratus.

Pendapatan asas sesaham naik lebih dua kali ganda kepada 27.80 sen daripada 12 sen sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sehubungan itu, PetDag mengumumkan dividen interim sebanyak 20 sen untuk seunit saham biasa bagi suku berakhir 30 Sept, 2022 yang dibayar pada 27 Dis, 2022.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Osman Rani dalam satu kenyataan berkata, prestasi syarikat yang lebih kukuh untuk semua segmen perniagaan adalah sejajar dengan persekitaran ekonomi yang bertambah baik selepas pandemik COVID-19.

“Kami akan terus mengukuhkan perniagaan teras kami, berkembang maju dengan pemulihan ekonomi negara sambil kekal berhati-hati terhadap rintangan dari luar dan ketidaktentuan global, termasuk risiko kemelesetan global pada masa hadapan.

“Melangkah ke hadapan, kami akan menggandakan usaha untuk meningkatkan lagi aliran pendapatan kami daripada segmen produk bukan bahan api sambil terus membentuk laluan kemampanan kami.

“Ini adalah sebahagian daripada aspirasi kami untuk membuktikan perniagaan kami kalis masa depan dan memberikan nilai yang lebih baik kepada pemegang saham kami,” katanya.

Harga saham PetDag naik 10 sen kepada RM22.18 pada sesi dagangan tengah hari dengan 109,600 saham diurusniagakan.

— BERNAMA

Tags: Azrul Osman RaniCOVID-19KeputusanPDBpetroleumS3 2022
Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In