• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Prestasi Sime Darby Property Kembali Pulih, Untung Bersih Suku Ketiga Catat RM56.13 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Prestasi Sime Darby Property Kembali Pulih, Untung Bersih Suku Ketiga Catat RM56.13 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Nov  (Bernama) — Prestasi Sime Darby Property Bhd (SDP) kembali pulih dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM56.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 berbanding kerugian bersih RM5.19 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Hasil meningkat kepada RM689.30 juta daripada RM387.38 juta sebelumnya, didorong oleh peningkatan dalam segmen pembangunan hartanah yang mencatatkan angka yang lebih tinggi sebanyak RM640.64 juta, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut SDP, kumpulan itu telah melepasi sasaran jualan tahun kewangan 2022 (FY2022) iaitu RM2.6 bilion dengan mencapai jualan RM2.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Ini menyaksikan peningkatan 43 peratus tahun ke tahun daripada RM1.9 bilion jualan yang dicapai dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan 2021,” katanya.

Kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM1.79 bilion untuk sembilan bulan pertama tahun kewangan 2022, meningkat 21 peratus tahun ke tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Azmir Merican berkata kemampuan syarikat untuk mengekalkan momentum penjualan yang tinggi sejak awal tahun sehingga suku ketiga, menyarankan potensi pencapaian pendapatannya menuju penghujung tahun kewangan.

“Pelancaran produk-produk kediaman kami menerima sambutan yang tinggi termasuk ‘Serenia Anira 3’ di Bandar Serenia yang mencapai kadar pembelian sebanyak 80 peratus sementara kilang-kilang berkembar dan kilang-kilang sesebuah (detached factories) di Elmina Business Park turut mencatat kadar pembelian sebanyak 100 peratus,” katanya.

Sime Darby Property menjangkakan lebih banyak pelancaran produk-produk perumahan dan perindustrian pada suku keempat, bersama-sama dengan produk kediaman bertingkat tinggi di Putra Heights, Selangor dan Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Berdasarkan kepada pengaktifan bank tanah dan pelancaran produk-produk baharu, syarikat kekal utuh dengan nilai tunai sebanyak RM876.2 juta serta nisbah hutang bersih pada kadar 28.2 peratus setakat 30 Sept 2022, katanya.

— BERNAMA

Tags: Serenia CitySime Darby Propertysuku ketigauntung
Share281ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In