• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku-3 UMW Meningkat Kepada RM100.70 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Kumpulan UMW Mendaftarkan Jualan Automotif Yang Baik, Catat Jualan Sebanyak 24,983 Unit Pada Julai 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — UMW Holdings Bhd (UMW) mencatatkan keuntungan bersih  tinggi sebanyak RM100.70 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2022 (S3 2022) daripada kerugian bersih RM47.90 juta pada tempoh yang sama tahun lepas. 

Hasil meningkat dua kali ganda tahun ke tahun kepada RM4.06 bilion daripada RM2.02 bilion sebelumnya, kata syarikat industri automotif itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

“Prestasi bertambah baik itu disokong oleh sumbangan tinggi daripada semua segmen teras iaitu bahagian automotif, peralatan, pembuatan dan kejuruteraan.

“Sehubungan itu, kami juga merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang tinggi sebanyak RM231.5 juta dalam suku semasa berbanding RM16.5 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya,” katanya. 

Segmen automotif mencatatkan hasil sebanyak RM3.43 bilion yang mana lebih tinggi berbanding RM1.59 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya berikutan bilangan tinggi kenderaan yang dijual pada suku semasa.  

Sementara itu, segmen peralatan mencatatkan hasil RM394.4 juta atau 24.8 peratus lebih tinggi berbanding RM316.0 juta manakala hasil segmen pembuatan meningkat lebih daripada berganda kepada RM252.2 juta daripada RM110.3 juta. 

Bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept, 2022, keuntungan bersihnya berjumlah RM309.09 juta daripada RM28.27 juta dan hasil naik kepada RM11.44 bilion daripada RM7.42 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Mengenai prospek masa depan, UMW menjangka segmen automotif terus mendapat manfaat daripada pengecualian cukai jualan bagi tempahan tertunggak sebelum 30 Jun, 2022 dan akan didaftarkan menjelang 31 Mac, 2023.  

Prospek bagi segmen automotif dijangka kekal positif dan kumpulan akan terus memperkenalkan model baharu dan yang diberi wajah baharu untuk mengekalkan momentumnya manakala segmen peralatan dijangka bertambah baik sejajar dengan penyambungan semula aktiviti pembinaan dan infrastruktur.

Bagi segmen pembuatan dan kejuruteraan, kumpulan itu menjangka segmen tersebut mendapat manfaat daripada pasaran peralatan asli dan peralatan penggantian susulan jangkaan permintaan tinggi terhadap kenderaan bagi tempoh berbaki tahun ini.– BERNAMA 

Tags: automotifKeputusanpealatanpembuatan dan kejuruteraansuku-3 2022UMW Holdings Bhd
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In